Kek istimewa untuk ayah

Kek istimewa untuk ayah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Seorang ayah memainkan peranan yang besar di dalam kehidupan anak-anak mereka seharian, dan mereka sering kali dilihat sebagai seorang wira atau pahlawan, seorang pemimpin yang kuat dan berani dalam sesebuah keluarga.

Sehubungan itu, bagi menunjukkan rasa penghargaan, penghormatan dan terima kasih kepada ayah, Bake Culture pagi tadi telah memperkenalkan dua kek terbaru yang membawa tema khas bagi ayah iaitu ‘The Hero’ dan ‘Super Dad’.

Bagi mana-mana pelanggan yang membeli kek-kek berkenaan akan mendapatkan baucar-baucar istimewa seperti potongan 30 peratus bagi perkhidmatan rambut di Salun Rambut di WoMen, seminggu percubaan untuk dua orang di Fitness Zone dan baucar diskaun 10 peratus Energy Kitchen.

Wu Chun sempat bergambar bersama seorang ayah dan anaknya di samping memperkenalkan dua kek khas untuk ayah.
Wu Chun sempat bergambar bersama seorang ayah dan anaknya di samping memperkenalkan dua kek khas untuk ayah.

Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun menyatakan bahawa promosi ini akan dapat menunjukkan rasa penghargaan kepada semua ayah yang ada di dunia ini.

Kek-kek terbaru ini telah boleh didapati bermula 1 Jun lalu sehingga 30 Jun ini selagi stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA