KEKAL anjur konvoi Merdeka Ride

KEKAL anjur konvoi Merdeka Ride

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 24 Feb – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong melalui Biro Keselamatan dan Kesejahteraan, kelmarin, telah mengadakan konvoi Merdeka Ride sambil mengibarkan bendera bersaiz kecil sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 Tahun.

Menurut Ketua Biro Keselamatan, Awang Tin Chui Lian, seramai 32 orang ahli kelab berdaftar menyertai konvoi tersebut yang merupakan salah satu aktiviti tahunan kelab dengan tujuan memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Kebangsaan.

Selain itu, aktviti ini juga memberi peluang kepada ahli-ahli kelab beramah mesra dan membiasakan ahli-ahli lama dan baru dalam tatacara keselamatan menunggang motosikal di jalan raya.

Ahli-ahli KEKAL mengibarkan bendera saiz kecil negara bagi memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke-32.
Ahli-ahli KEKAL mengibarkan bendera saiz kecil negara bagi memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke-32.

Konvoi telah bermula di kawasan lapang, Dewan Kemasyarakatan Tutong dan seterusnya melalui Jalan Lebuh Raya Tutong-Muara menuju ke Jalan Subok dan mengelilingi Pusat Bandar Seri Begawan.

Turut menyertai konvoi Merdeka Ride itu ialah Yang Di-Pertua Kelab KEKAL, Awang Samsudin bin Lani.

ARTIKEL YANG SAMA