Kekal cergas melalui riadah bola sepak

Kekal cergas melalui riadah bola sepak

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Riadah melalui sukan bola sepak bersama anggota Keluarga Besar PHR terus giat diadakan dengan perlawanan terkini menentang Skuad Sekuriti JIS yang diadakan di padang bolasepak Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Perlawanan persahabatan itu bertujuan memastikan anggota keluarga tersebut kekal cergas dan aktif bersukan khususnya dalam sukan bola sepak ke arah sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, perlawanan persahabatan tersebut juga dihasratkan dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi tali silaturahim dengan pemain pasukan lawan. – Hasrulraizan

Gambar ramai bersama Keluarga PHR (kuning) dan Sekuriti JIS semasa perlawanan tersebut.
Gambar ramai bersama Keluarga PHR (kuning) dan Sekuriti JIS semasa perlawanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA