Kekal diet yang sihat dan seimbang

Kekal diet yang sihat dan seimbang

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Bagi menyokong atlet pelari kebangsaan negara yang akan bertanding di Rio, Brazil bagi acara Olimpik pada Ogos 2016 ini, The Energy Kitchen telah menyediakan keperluan makanan pilihan khas yang sihat kepada pelari kebangsaan, Awang Mohd Fakhri bin Ismail.

Perkara tersebut telah dijelaskan ketika sidang media yang berlangsung di The Energy Kitchen, di Kiulap yang dihadiri oleh pemilik The Energy Kitchen, Wu Chun, jurulatih Akademi Kebangsaan Perubatan Sukan, Awang Alim Roslan dan Awang Mohd Fakhri.

Menurut Wu Chun, “Kami benar-benar mahu memberi sokongan dan penghargaan kepada wira tempatan pada bila-bila masa sahaja. Ini juga merupakan cara untuk kami di The Energy Kitchen untuk menunjukkan cinta kami kepada Brunei, memandangkan Fakhri mewakili Brunei di pentas dunia.

“Diet dan pemakanan yang betul adalah penting untuk latihan sukan intensiti tinggi, dan The Energy Kitchen gembira untuk berkongsi pengetahuan kami untuk menjana atlet Olimpik kita dan membantu beliau melakukan yang terbaik.”

Dalam mencipta pelan makan tiga bulan untuk Awang Mohd Fakhri, The Energy Kitchen sedang bekerjasama rapat dengan Alim Roslan, iaitu Jurulatih berkelulusan dari Amerika Syarikat dengan pengalaman dalam Pemakanan Sukan.

Sesi bergambar ramai bersama Wu Chun, Awang Mohd Fakhri (tiga kiri) dan Alim Roslan.
Sesi bergambar ramai bersama Wu Chun, Awang Mohd Fakhri (tiga kiri) dan Alim Roslan.

Menurut Alim, pemakanan yang baik adalah penting bukan sahaja untuk prestasi tetapi juga dengan pemulihan kerana menurutnya ketika inilah hasil diperolehi semasa pemulihan.

Oleh itu, adalah penting untuk mengambil makanan yang betul bagi menolong memaksimumkan pemulihan dan membantu membina otot.

Beliau menambah, tanpa pemakanan yang betul, prestasi Awang Mohd Fakhri mungkin tidak mencapai ke tahap yang bagus.

“Beliau perlu mengambil makanan dan pemakanan yang betul bagi memberikan tenaga untuk sesi paginya, menambah glikogen dan juga menyediakan beliau dengan tenaga untuk latihan intensiti yang tinggi pada sebelah petang. Karbohidrat, protein dan lemak juga mestilah mencukupi dan pada jumlah yang tepat untuk pemulihan selepas latihan,” ulasnya.

Ditanya mengenai perasaan menyertai acara Olimpik tersebut, Awang Mohd Fakhri melahirkan rasa terharu dan tidak menyangka akan bertanding dalam acara sukan berprestij itu.

“Pergi mengikuti Olimpik saya rasakan seperti impian yang jauh yang saya tidak terfikir akan berlaku, tetapi saya diberi peluang untuk bersaing di sana.”

Beliau berharap penglibatannya itu akan dapat memberikan inspirasi kepada orang lain agar tidak membiarkan peluang yang diberikan itu dengan sia-sia.

“Saya akan pergi ke sana dan melakukan yang terbaik, dan jika saya melakukan yang terbaik, saya harap dengan prestasi saya nanti dapat mencetuskan harapan dalam bidang kesukanan di Brunei.”

Dengan mengetahui bahawa pemakanannya dijaga dengan makanan yang sesuai, sihat dan lazat adalah keselesaan yang besar kepada Awang Fakhri, beliau menekankan “The Energy Kitchen membantu saya mengekalkan diet yang sihat dan seimbang yang sepatutnya. Sebagai seorang atlet, hampir setiap hari saya tidak mempunyai masa yang untuk memasak makanan yang betul kerana selepas sesi latihan saya biasanya terlalu letih, dan juga saya tidak mempunyai pengetahuan yang lanjut mengenai makanan sihat. Jadi, dengan adanya The Energy Kitchen menyediakan saya makanan adalah galakan/perangsang untuk latihan saya.”

The Energy Kitchen juga menawarkan perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan dalam perancangan makanan bagi orang-orang yang memerlukan diet tertentu, dan ini telah terbukti semakin popular terutamanya bagi rakyat Brunei yang mempunyai masalah kesihatan ataupun cadangan diet doktor mereka.

Di samping itu, mereka juga menawarkan pendaftaran mingguan untuk ‘rancangan hidangan rendah karbohidrat’ yang sesuai untuk pesakit kencing manis, pelanggan yang ingin menurunkan berat badan, atau untuk orang yang mahu makan sihat tetapi terlalu sibuk untuk menghasilkannya.