KEKAL meriahkan sambutan jubli perak Ma’had Islam Brunei

KEKAL meriahkan sambutan jubli perak Ma’had Islam Brunei

TUTONG, 20 Nov – Bersempena dengan hari terbuka ‘Al Yuubil Al Fiddhiy’ Ma’had Islam Brunei, kelab motosikal KEKAL turut diberi kepercayaan untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula 18 November hingga kelmarin.

Hadir mewakili KEKAL pada majlis pembukaan rasmi majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua KEKAL, Awang Samsudin @ Ismail bin Haji Lani.

Turut hadir ialah Pengerusi Tetap KEKAL, Awang Mohd Faiyadh Syairazie dan ahli-ahli kelab yang lain.

Pada acara tersebut, kelab KEKAL telah mempamerkan beberapa motosikal berkuasa tinggi dan lebih menarik perhatian sebuah motosikal klasik yang dikeluarkan pada awal tahun 1945 kepunyaan salah seorang ahli KEKAL.

Warga Ma’had Islam Brunei berkesempatan dibawa menaiki motosikal mengelilingi kawasan sekolah.
Warga Ma’had Islam Brunei berkesempatan dibawa menaiki motosikal mengelilingi kawasan sekolah.
Motosikal klasik milik salah seorang ahli kelab KEKAL yang dipamerkan.
Motosikal klasik milik salah seorang ahli kelab KEKAL yang dipamerkan.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah orang ramai turut berkesempatan dibawa menaiki motosikal yang dipamerkan mengelilingi kawasan sekolah berkenaan.

Di sini jelas menggambarkan antara perpaduan yang terdapat di kalangan ahli dan kepercayaan yang diberikan |oleh pihak kerajaan khususnya Ma’had Islam Brunei untuk membawa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti KEKAL dalam memeriahkan dan mengisi acara majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA