Kekal merosot menjelang keputusan kadar faedah

Kekal merosot menjelang keputusan kadar faedah

SINGAPURA, 16 Dis (AFP) – Harga minyak merosot dalam perniagaan Asia hari ini ekoran petunjuk baru mengenai bekalan berlebihan sebelum keputusan Simpanan Persekutuan AS yang lama dinanti-nantikan mengenai kadar faedah.

Selepas pemulihan teknikal lewat di New York, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada bulan Januari diniagakan 26 sen lebih rendah pada $37.09 pada 0600 GMT sementara minyak mentah Brent untuk Januari merosot 19 sen pada $38.26.

“WTI mengembalikan beberapa pemerolehan berkenaan pada awal pagi ini tatkala satu laporan daripada Institut Petroleum Amerika menunjukkan inventori minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 2.3 juta tong pada minggu sehingga 11 Disember,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Singapura.

“Tambahan pula, pasaran dijangka kekal was-was sebelum mesyuarat dasar Persekutuan, walaupun timbulnya persetujuan bertindan bahawa Simpanan Persekutuan dijangka menambah kadar faedah esok.”

Bank pusat AS akan mengumumkan keputusannya pada 1900 GMT hari ini, serta ramalan pertumbuhan, inflasi dan kadar faedah Persekutuan dalam tempoh dua tahun akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA