KEKAL sambut 10 tahun penubuhan Masjid Kg. Sinaut

KEKAL sambut 10 tahun penubuhan Masjid Kg. Sinaut

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Jan – Kelab Motosikal Daerah Tutong (KEKAL), semalam, telah mengadakan Majlis Doa kesyukuran sempena 10 tahun penubuhannya di Masjid Kampung Sinaut.

Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil khusus untuk ahli-ahli KEKAL yang telah kembali ke rahmatullah, dengan bacaan dipimpin oleh Ketua Biro Ugama KEKAL, Haji Sukaimi bin Haji Serudin.

Manakala itu, Tahlil telah dibacakan oleh Penolong Biro Ugama KEKAL, Awang Mohd Nazri bin Haji Salleh sebelum diikuti dengan sembahyang sunat Hajat dan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Pengerusi Tetap KEKAL, Awang Mohd Faiyadh Syairazie bin Haji Anwari.

Gambar ramai bersama ahli KEKAL semasa majlis tersebut.
Gambar ramai bersama ahli KEKAL semasa majlis tersebut.
Awang Samsudin ketika menyampaikan sumbangan derma kepada Masjid Kampung Sinaut.
Awang Samsudin ketika menyampaikan sumbangan derma kepada Masjid Kampung Sinaut.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada Masjid Kampung Sinaut yang telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua KEKAL, Awang Samsudin @Ismail bin Haji Lani.

Turut Hadir ialah Naib Yang Di-Pertua KEKAL, Awang Khalidi bin Haji Sidek dan mantan Yang Di-Pertua KEKAL, Haji Mohd Yussof bin Siput.

Pada masa ini, KEKAL mempunyai seramai 157 orang ahli yang meminati motosikal berkuasa tinggi sejak penubuhannya pada 22 Januari 2006 yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA