Kekal segar dengan bersenam

Kekal segar dengan bersenam

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Lebih 20 orang ahli Persatuan Hokkien Brunei daripada Bahagian Belia telah melawat Fitness Zone, cawangan Kiulap semalam bagi sesi perkongsian dan perjumpaan bersama selebriti antarabangsa kelahiran Brunei, Wu Chun.

Ketua persatuan, Chua Teng Kiat, yang mengetuai kumpulan berkenaan menekankan akan kepentingan bersenam kerana ia boleh menjadi satu cara untuk kekal segar dan juga boleh membantu melegakan tekanan dan kebimbangan.

Chua berharap dengan adanya acara sedemikian, ramai lagi belia Hokkien akan berminat untuk menjadi sebahagian daripada persatuan untuk memberikan kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan ahli mereka.

Wu Chun, yang juga merupakan seorang daripada ahli Persatuan Brunei Hokkien Bahagian Belia, semasa ditemu bual menjelaskan lawatan persatuan itu ke Fitness Zone adalah untuk mendapatkan keahlian korporat supaya dapat menikmati gaya hidup yang lebih sihat.

Chua Teng Kiat menyampaikan cenderahati kepada Wu Chun.
Chua Teng Kiat menyampaikan cenderahati kepada Wu Chun.

Selain ahli belia, ahli jawatankuasa persatuan bersama ahli keluarga mereka juga telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

Sejurus selepas sesi soal jawap mengenai industri kesihatan dan kecergasan serta keusahawanan di Brunei, Chua kemudian menyampaikan cenderahati kepada Wu Chun sebagai tanda penghargaan atas pemedulian dan semangat beliau.

Wu Chun kemudian mengetuai sesi Zumba selama 30 minit untuk semua ahli dan kakitangan yang hadir di pusat berkenaan.

Wu Chun juga mengingatkan para individu yang telah mendaftar untuk mengikuti She Runs bahawa tarikh akhir untuk membuat pembayaran adalah pada 18 April 2016.