Kekalahan IS undang lebih banyak serangan

Kekalahan IS undang lebih banyak serangan

PARIS, 24 Jun (AFP) – Melihat kepada kejatuhan kumpulan Negara Islam (IS) dari menakluki bandar-bandar utama sedikit demi sedikit, penganalisis memberi amaran kemungkinan akan terjadi serangan balas di Barat dan rangsangan yang berpotensi untuk menyaingi Kumpulan jihadi Al-Qaeda.

Tentera Iraq sudah menetapkan tempat mereka di Mosul, tempat bandar IS di Iraq, sebagaimana mereka memburu pejuang jihad untuk keluar dari Fallujah, yang telah diisytiharkan bebas minggu lalu.

Kehilangan Fallujah – dua tahun lalu dan mengorbankan ramai daripada tentera Iraq menyaksikan IS menakluki semua wilayah itu dan mengisytiharkan pemerintahan khalifah Islam – selepas kekalahan di Iraq dan Syria.

“Jika mereka kehilangan wilayah mereka, mereka akan menjadi lemah tetapi mereka akan jauh dari penyelesaian,” kata ketua Keganasan IHS Jane dan Pusat Pemberontakan, Matthew Henman,

Beliau berkata IS sudah terlibat dalam mengawal kerosakan dalam kalangan penyokong dan bersedia untuk menewaskan mereka dari tempat penaklukan mereka.

“Terdapat perubahan yang agak ketara dalam propaganda dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas dari kehilangan wilayah,” kata Henman.

Beliau berkata IS telah memberi mesej bahawa walaupun semua benteng-benteng mereka telah hilang “ini tidak bermakna kita akan ditamatkan dan khalifa telah dikalahkan.”

Henman berkata IS berkemungkinan menghantar pejuang asing balik ke negara asal mereka di Eropah dan di tempat lain.

ARTIKEL YANG SAMA