Kekalahan jejas penantian lima tahun – Nainggolan

Kekalahan jejas penantian lima tahun – Nainggolan

MILAN, 4 Nov (AFP) – Pemain tengah AS Roma Radja Nainggolan mengingatkan rakan sepasukannya keputusan selain menang ketika bertemu Bayer Leverkusen akan memberi kesan terhadap impian kelab Serie A itu untuk menamatkan penantian lima tahun layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Selepas permulaan hambar pada kempen kali ini, skuad kendalian Rudi Garcia itu menduduki tangga tercorot Kumpulan E dengan dua mata hasil tiga perlawanan.

Dengan BATE Borisov dan Leverkusen hanya satu dan dua mata di atas, impian Roma untuk layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak musim 2010-11 masih belum berakhir.

Namun jika tewas kepada Leverkusen, ia bermakna Roma perlu menang baki dua perlawanan peringkat kumpulan termasuk menentang pendahulu Barcelona di tempat lawan jika mahu layak.

Pemain hadapan dan midfield Roma, Gervinho (kanan) dan Radja Nainggolan (kanan) ketika mengambil bahagian dalam sesi latihan di pusat latihan Trigoria di pinggir Rom. – AFP
Pemain hadapan dan midfield Roma, Gervinho (kanan) dan Radja Nainggolan (kanan) ketika mengambil bahagian dalam sesi latihan di pusat latihan Trigoria di pinggir Rom. – AFP

Aksi setempat di liga domestik minggu ini menjadi sesuatu yang kritikal buat Giallorossi yang menduduki tangga ketiga Serie A dengan hanya satu mata di belakang pendahulu, Fiorentina dan pasukan tangga kedua, Inter Milan.

Bagaimanapun pemain antarabangsa Belgium Nainggolan berkata, semua ingatan mengenai hasrat menundukkan Lazio perlu diketepikan seketika.

Iniu kerana mereka kini terpaksa harus memberikan keutamaan kepada sasaran untuk melayakkan diri ke kelompok 16 terakhir pada awal pagi esok.

“Kami perlu memikirkan soal Liga Juara-Juara terlebih dahulu.

“Selain itu juga perlawanan pada awal pagi esok adalah sangat-sangat penting,” kata Nainggolan selepas kekalahan 0-1 Roma kepada pasukan Inter, Sabtu lalu.