Kekalahan tidak patahkan semangat Poland

Kekalahan tidak patahkan semangat Poland

MARSEILLE, 1 Julai (AFP) – Meskipun tewas di tangan Portugal dalam saingan suku akhir Euro 2016 menerusi sepakan penalti penentuan, perkara tersebut tidak mematahkan semangat pasukan itu untuk terus maju ke depan, tegas pengendali pasukan, Adam Nawalka.

Sepakan Jakub Blaszczykowski berjaya diselamatkan oleh Rui Patricio bagi membolehkan Portugal memenangi penentuan itu 5-3, selepas terdahulu Renato Sanches menyamakan jaringan penyerang sensasi Poland, Robert Lewandowski pada saingan mendebarkan itu.

Poland tidak pernah tewas dalam lima perlawanan saingan Euro 2016.

Pasukan Poland bergambar ramai sebelum perlawanan bermula. – AFP
Pasukan Poland bergambar ramai sebelum perlawanan bermula. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya berharap ini adalah permulaan bukan penamat. Kami masih dalam proses ke arah kemajuan.

“Kejohanan ini membuktikan kemampuan kami, sama ada di peringkat kumpulan atau kalah mati.

“Kami sentiasa ingin meningkat dan melihat ke depan dengan lebih optimistik,” katanya.