Kekalkan kebersihan alam sekitar

Kekalkan kebersihan alam sekitar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Majlis Perundingan dan Penduduk-penduduk Kampung Belimbing dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta Lembaga Bandaran telah mengadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan sepanjang jalan Kampung Belimbing, kelmarin.

Pelancaran aktiviti tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud yang turut menyertai penduduk kampung melakukan kerja-kerja pembersihan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis; Ketua Kampung Belimbing, Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim dan penduduk-penduduk Kampung Belimbing.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Belimbing (MPK), Inspektor Awang Hamdan bin Mantul.

Dato Paduka Haji Mohd Roselan bergambar ramai bersama antara yang menyertai kempen tersebut.
Dato Paduka Haji Mohd Roselan bergambar ramai bersama antara yang menyertai kempen tersebut.
Penduduk Kampung Belimbing turut sama-sama membersihkan kawasan kampung berkenaan.
Penduduk Kampung Belimbing turut sama-sama membersihkan kawasan kampung berkenaan.

Aktiviti tersebut merupakan projek tahunan yang dianjurkan oleh MPK Belimbing yang bertujuan untuk membudayakan kegiatan seperti bergotong royong, di samping mempertemukan penduduk kampung dalam satu acara berkebajikan.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan perpaduan dan mengukuhkan semangat kecintaan melalui penyertaan dan komitmen para penduduk kampung dalam sama-sama menyokong dan melaksanakan kebersihan alam sekitar yang bersih.

ARTIKEL YANG SAMA