Kekalkan kebersihan alam sekitar

Kekalkan kebersihan alam sekitar

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 7 Dis – Mashhor Cleaning Services Sdn Bhd (MCS) telah menganjurkan Kempen Membersihkan Kawasan Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang di sini, kelmarin, yang melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan syarikat itu.

Ia antara lain bertujuan untuk menjaga taman tersebut supaya kekal bersih dan indah, bagi keselesaan pengunjungnya, di samping itu juga untuk mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan MCS dengan masyarakat setempat terutama di mukim berkenaan, untuk sama-sama mengajak orang ramai mencintai dan berasa bertanggungjawab dalam sama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan alam persekitaran.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Pusat Perhutanan Sungai Liang, Awang Joffre bin Haji Ahmad.   Turut hadir ialah Penghulu Mukim Liang, Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin serta Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat, Haji Mohd Ibrahim bin DMS Dian.

Mewakili MCS dan Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB), Pengurus Korporat HSSE, Awang Mohd Rizal bin Dr. Abdul Latif, dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada mereka yang terlibat menjayakan kempen tersebut.

Lebih 50 orang pegawai dan kakitangan syarikat Mashhor Cleaning Services menyertai kempen mem-bersihkan kawasan Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang kelmarin.
Lebih 50 orang pegawai dan kakitangan syarikat Mashhor Cleaning Services menyertai kempen mem-bersihkan kawasan Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang kelmarin.

Sepanjang kempen diadakan, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membersihkan zon-zon yang berlainan di kawasan taman rekreasi itu, termasuklah membersihkan tandas, tangga, kolam ikan dan sebagainya.

Lebih 50 orang terlibat dalam kempen itu dan sejumlah 43 bungkus sampah telah dikutip.

ARTIKEL YANG SAMA