Kekalkan kebersihan kampung

Kekalkan kebersihan kampung

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Ke arah mengekalkan dan menjaga kebersihan kawasan kampung, penduduk kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Bukit Beruang telah mengadakan Kempen Kebersihan Bersepadu dengan tumpuan di Dewan Kemasyarakatan RPN Bukit Beruang, Tutong, baru-baru ini.

Kempen tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Daerah Tutong dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan penduduk kampong.

Bagi memeriahkan lagi kempen berkenaan mini pameran juga diadakan yang mempamerkan isu berkaitan kesihatan dan kepentingan kebersihan bagi manusia dan alam sekitar.

Kalangan penduduk kampung dan agensi yang terlibat dalam kempen kebersihan kawasan kampung.
Kalangan penduduk kampung dan agensi yang terlibat dalam kempen kebersihan kawasan kampung.

Kempen itu dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kebersihan bagi menghindarkan timbulnya pelbagai penyakit selain memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk kampung tersebut.

Melalui kempen ini juga secara tidak langsung dapat meringankan beban pihak kerajaan dalam memastikan kebersihan kawasan kampung dan alam sekitar sentiasa terjaga.

ARTIKEL YANG SAMA