Kekalkan kemahiran capai sasaran operasi

Kekalkan kemahiran capai sasaran operasi

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Latihan Sembilang siri ke-11 merupakan satu latihan yang amat penting bagi Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bagi meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan serta tahap pembangunan keupayaan, kecekapan dan kesediaan kedua-dua agensi demi menjaga keselamatan, keamanan serta ketenteraman perairan negara.

“Selain daripada itu, Latihan Sembilang ini juga merupakan salah satu langkah untuk mempertingkatkan pencegahan dan aspek keselamatan, khususnya dalam arena maritim, bagi persiapan untuk menangani sebarang ancaman dan pencerobohan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.”

Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Pengarah Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, ACP Haji Mohd Don bin Haji Harith ketika berucap di Majlis Penutup Latihan Sembilang ke-11 yang berlangsung di Pusat Koordinasi Multi National (MNCC), Muara, hari ini.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei, Leftenan Kolonel (L) Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Damit, para pegawai dan anggota-anggota TLDB serta Polis Marin yang terlibat dalam latihan itu.

ACP Haji Mohd Don turut menyatakan bahawa, beliau percaya taklimat yang diadakan sepanjang latihan itu, yang menjurus kepada perundangan dan isu-isu kontemporari dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kepada semua peserta dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim.

Leftenan Kolonel (L) Willie dan Superintenden Matusin bertukar-tukar cenderahati.
Leftenan Kolonel (L) Willie dan Superintenden Matusin bertukar-tukar cenderahati.
Antara para pegawai dan kakitangan TLDB dan Polis Marin yang hadir di majlis penutup latihan tersebut.
Antara para pegawai dan kakitangan TLDB dan Polis Marin yang hadir di majlis penutup latihan tersebut.
ACP Haji Mohd Don dan Leftenan Kolonel (L) Pengiran Mohammad bergambar ramai dengan para pegawai kanan TLDB dan Polis Marin selepas majlis penutup latihan itu.
ACP Haji Mohd Don dan Leftenan Kolonel (L) Pengiran Mohammad bergambar ramai dengan para pegawai kanan TLDB dan Polis Marin selepas majlis penutup latihan itu.

“Selain daripada itu, latihan-latihan amali dan eksais table top tentang tatacara penggeledahan, tangkapan dan pengumpulan bahan bukti sudah setentunya memberikan pengetahuan perundangan yang perlu diketahui oleh semua peserta untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam bidang masing-masing sama ada penguatkuasaan undang-undang mahupun pertahanan negara.”

Beliau berkata lagi, walau bagaimanapun, pengetahuan dalam bentuk teori dan amali itu belum tentu mencukupi jika keupayaan logistik dan kekurangan anggota yang mahir tidak dapat mengekalkan atau mencapai tahap operasi yang diharapkan.

“Dalam perkara ini, Polis Marin, Pasukan PDB saling mengharapkan bantuan-bantuan operasi ini kepada TLDB.”

Di majlis itu, Pegawai Pemerintah KDB Darul Ehsan, Leftenan Kolonel (L) Willie bin Padan yang juga selaku Pemerintah Task Group bagi latihan berkenaan dan Pegawai Memerintah Polis Marin, Polis Diraja Brunei, Superintenden Matusin bin Haji Jumat yang juga selaku Timbalan Pemerintah Kumpulan Task bagi latihan berkenaan turut menandatangani laporan lepas latihan dan bertukar-tukar cenderahati.

Latihan siri ke-11 di antara TLDB dan Polis Marin, PDB melibatkan tiga fasa iaitu fasa pangkalan melibatkan latihan table-top dan juga seminar bersama dengan agensi-agensi jemputan termasuk Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta Biro Kawalan Narkotik.

Sementara itu, bagi fasa laut, dihasratkan untuk meningkatkan keupayaan dan kerjasama di antara kedua-dua agensi sekuriti maritim itu. Manakala itu, dalam kegiatan interaksi sukan pula, kedua-dua agensi beraksi untuk merebut Piala Sembilang di Kompleks Sukan TLDB.

ARTIKEL YANG SAMA