Kekalkan kesihatan tika usia cecah 40 tahun

Kekalkan kesihatan tika usia cecah 40 tahun

MENURUT pakar, usia 40 tahun adalah petanda bahawa risiko keadaan kesihatan semakin meningkat. Ini bermakna hari lahir itu merupakan masa yang tepat untuk anda meningkat kepekaan terhadap kesihatan anda.

Sama ada anda mempunyai pekerjaan yang berat, ibu bapa yang sudah berusia, atau keduanya sekali, memang mudah untuk tidak mengendahkan kesihatan sendiri. Tetapi dengan usia sudah mencecah 40 tahun, sudah tiba masanya anda menilai kesihatan anda sendiri, dan merancang bagi jangka masa panjang.

Awasi masalah penglihatan anda

Di usia 40 tahun, penglihatan anda boleh menjadi semakin teruk, jadi anda perlu memeriksa keadaan mata anda. Punca utama masalah penglihatan dikenali sebagai kemerosotan makula. Ia menjejaskan 9.1 juta orang yang berusia 40 tahun ke atas.

Memakai kaca mata hitam boleh mencegah kerosakan yang lebih teruk. Terlalu banyak terdedah pada matahari boleh meningkatkan katarak, jadi kaca mata hitam adalah satu idea yang baik. Pastikan ia mempunyai perlindungan UVA dan UVB.

Usia 40 tahun adalah masa yang baik untuk anda mula mengambil berat dengan tekanan darah, paras kolesterol, gula dalam darah dan berat badan anda.
Usia 40 tahun adalah masa yang baik untuk anda mula mengambil berat dengan tekanan darah, paras kolesterol, gula dalam darah dan berat badan anda.
Senaman boleh membantu menguatkan otot-otot di sekitar sendi-sendi dan mengurangkan risiko kecederaan.
Senaman boleh membantu menguatkan otot-otot di sekitar sendi-sendi dan mengurangkan risiko kecederaan.

Ketahui nombor-nombor anda

Usia 40 tahun adalah masa yang baik untuk anda mula mengambil berat dengan tekanan darah, paras kolesterol, gula dalam darah dan berat badan anda. Ketika anda melawat sebuah farmasi, ambil masa anda memeriksa tekanan darah anda dan berjumpa dengan doktor bagi menjalani ujian ringkas untuk mengetahui gula dalam darah anda. Dengan mengetahui nombor-nombor ini akan membantu anda dan doktor anda mengenal pasti potensi-potensi mengenai risiko penyakit tersembunyi.

Lakukan senaman

Bermula pada usia 40 tahun, kita kehilangan sekitar satu peratus jisim otot setahun. Jadi badan menjadi kurang fleksibel, anda boleh mengekalkan fleksibiliti anda dengan melakukan yoga atau senaman secara rutin.

Jadikan fiber rakan anda

Hari-hari anda makan dengan gelojoh dan mendapati berat anda tidak bertambah sudah berakhir kerana metabolisme anda sudah menjadi perlahan sekitar umur 40-an. Anda perlu memakan sedikit kalori boleh merangsang kesihatan, tetapi anda perlu memastikan bahawa anda mendapat fiber dan air secukupnya.

Pemeriksaan tiroid

Mereka yang rasa letih, mendapati berat badan meningkat dan rambut serta kulit mereka kurang berseri, mungkin perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan pemeriksaan tiroid.

Jauhi kecederaan dan kesakitan sendi

Semakin kita berusia, kita akan merasakan otot dan tendon semakin mengetat, yang mana meningkatkan risiko kecederaan. Senaman boleh membantu menguatkan otot-otot di sekitar sendi-sendi dan mengurangkan risiko kecederaan.

Kekalkan kesihatan tulang

Dengan usia semakin meningkat, seseorang itu mudah terdedah pada osteoporosis, penyakit yang dicirikan peningkatan liang tulang, di mana tulang menjadi rapuh. Bagi mengekalkan densiti tulang, adalah sangat penting untuk melakukan senaman weight-bearing, seperti berjalan, menari, berlari dan sebagainya.