Kekalkan momentum

Kekalkan momentum

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Meneruskan momentum dan mengekalkan kemenangan adalah misi utama Pasukan DPMM FC berikutan kejayaannya ketika menewaskan Hougang United di tempat sendiri pada hujung minggu lepas.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC ketika ditemui semalam dalam sesi latihan Pasukan Brunei DPMM FC bagi persiapan menghadapi Pasukan Home United esok di Singapura.

“Setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan pasukan yang bakal kita hadapi ini mempunyai pemain yang muda dan pasukan yang baik dan juga merupakan antara pasukan yang mencabar pada musim lalu,” ujarnya.

Menurutnya lagi permainan di tempat lawan esok akan menjadi cabaran yang besar dan mengakui pasukan yang bakal dihadapi itu adalah pasukan yang kental. Dalam pada itu juga, beliau mengingatkan supaya pemain akan terus menumpukan sepenuh perhatian dalam meraih kejayaan pada perlawanan tersebut.

Steve Kean menasihati pasukannya supaya dapat mengekalkan momentum dan kemenangan pada perlawanan esok.
Steve Kean menasihati pasukannya supaya dapat mengekalkan momentum dan kemenangan pada perlawanan esok.

“Saya gemar menjadikan pemain tempatan sebagai pilihan utama dan dengan barisan pemain yang ada masa ini sememangnya mempunyai kualiti masing-masing dan bukan mudah untuk menjangka permainan sehingga kita melaluinya sendiri,” tegasnya lagi kepada media.

Home United baginya pasukan yang perlu diperhatikan dan beliau berharap para pemain akan mencuba yang terbaik untuk membuka peluang dan mendapat gol pada perlawanan itu nanti kerana menurutnya beliau sukar menjangka kemenangan mahupun kekalahan bagi mana-mana pasukan di dalam liga kerana masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri.