Kekalkan rentak kemenangan

Kekalkan rentak kemenangan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Pemain perlu sentiasa fokus kepada prestasi berkumpulan dan melihat kepada apa yang perlu diperbaiki terutama sekali apabila kita tidak berjaya mengekalkan kemenangan tanpa bolos dan mendapat jaringan yang menjadi keutamaan bagi semua pemain.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean yang seterusnya menegaskan kita mempunyai peluang yang baik kerana sudah menguasai tiga perlawanan kebelakangan ini dan menyatakan komitmen untuk mempamerkan persembahan yang lebih baik minggu ini di tempat sendiri menentang Hougang United besok.

Mengulas mengenai Pasukan Hougang United yang bakal dihadapi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas, baginya Brunei DPMM FC perlu mendapatkan banyak pembukaan di bahagian pertahanan lawan.

“Penguasaan dan manfaatkan peluang yang ada untuk melakukan jaringan adalah objektif dan kami berharap perlawanan ini akan menjadi sebagai titik permulaan keserasian pemain untuk beberapa perlawanan di tempat lawan sehingga Ogos ini nanti.’

Steve Kean ketika ditemui media.
Steve Kean ketika ditemui media.

“Kita perlu bersabar menunggu saat semua pemain mendapat rentak yang diinginkan dan kini kita terus berusaha untuk memenangi 11 perlawanan dalam kejohanan kali ini dan kita perlu memberikan usaha yang sebaiknya hujung minggu ini nanti,” ujarnya lagi.

Menurutnya pemain kini giat berlatih sejak seminggu lalu untuk memastikan tahap pertahanan mempunyai koordinasi yang mantap dan berjaya mengekang sebarang serangan daripada pihak lawan dengan membuat aksi yang terbaik melalui latihan dan perlawanan besok.

Mengulas mengenai perlawanan di tempat lawan, menurutnya kemenangan dan mata adalah yang penting dan mereka perlu terus proaktif untuk menjadi pencabar utama dalam mempertahan kejuaraan untuk musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA