Kekayaan dari Sungai Danube

Kekayaan dari Sungai Danube

VIENNA, 8 Dis – Polis Austria hari ini mengeringkan lebih 100,000 euro (AS$110,000) wang tunai selepas mengait wang kertas 100 dan 500 euro dari Sungai Danube di Vienna, menurut seorang jurucakap.

Dua anak muda ternampak wang tersebut di dalam air pada Sabtu, lalu menanggalkan pakaian mereka dan terjun untuk mengambilnya sebelum polis tiba dan mengumpul yang selebihnya, kata jurucakap polis Patrick Maierhofer.

“Wang itu adalah tulen. Kami tidak tahu secara tepat dari mana ia datang, tetapi kami syak ia adalah hasil wang jenayah,” kata Maierhofer memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA