Kekecewaan Fitbit dalam pasaran

Kekecewaan Fitbit dalam pasaran

LAS VEGAS, 6 Jan (AFP) – Fitbit semalam melancarkan “jam tangan kesihatan pintar”, bertujuan menembusi segmen jam tangan pintar yang berkembang pesat dengan ciri-ciri pengesanan kesihatan yang dipertingkatkan.

Namun harga saham syarikat merosot di tengah kekecewaan mengenai prospeknya untuk menyaingi Apple Watch.

Syarikat itu, yang memimpin pasaran teknologi sesuai dipakai dengan penjejak yang dipakai di pergelangan tangan tetapi sedang dicabar dengan kebangkitan jam tangan pintar daripada Apple dan lain, berkata jam tangan Fitvit Blaze dengan harga AS$199 boleh ditempah awal dan akan dijual di kedai retail di seluruh dunia pada bulan-bulan akan datang.

Jam terbaru FitBit Blaze dilihat dalam sidang akhbar pertunjukkan elektronik CES 2016 di Las Vegas, Nevada. - AFP
Jam terbaru FitBit Blaze dilihat dalam sidang akhbar pertunjukkan elektronik CES 2016 di Las Vegas, Nevada. – AFP

Bercakap pada pelancaran sebelum Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, ketua eksekutif dan pengasas Fitbit James Park berkata peranti baru itu “memberikan keseimbangan di antara kesihatan dan gaya.”

Blaze mengandungi satu modul yang boleh dikaitkan dengan telefon pintar yang menggunakan Apple, Android atau sistem Windows dan ditanggal untuk dipasang kepada jalur berlainan untuk senaman, pejabat atau keluar bersiar-siar, kata Park.

ARTIKEL YANG SAMA