Kekecohan di Paris berlarutan

Kekecohan di Paris berlarutan

Penumpang berjalan di atas platform di stesen kereta api Gare de Lyon semalam di Paris, sebagai permulaan mogok oleh pekerja operator kereta api milik negara Perancis SNCF untuk membantah reformasi buruh kerajaan. – AFP
Penumpang berjalan di atas platform di stesen kereta api Gare de Lyon semalam di Paris, sebagai permulaan mogok oleh pekerja operator kereta api milik negara Perancis SNCF untuk membantah reformasi buruh kerajaan. – AFP

PARIS, 1 Jun – Keadaan kelam kabut pengangkutan melanda Perancis lagi hari ini, sembilan hari sebelum Euro 2016, apabila para pekerja lebuh raya mengadakan mogok dalam mogok terbaru dalam pertentangan berbulan-bulan lamanya antara kerajaan dan kesatuan.

Antara sepertiga setengah kereta api Perancis dijangka terhenti ketika para pekerja dari pengendali landasan kereta api SNCF melancarkan mogok kelapan mereka dalam tempoh tiga bulan, kali ini dikatakan akan diteruskan sehingga tuntutan bagi pembayaran gaji lebih baik dan syarat dipenuhi.

Tindakan itu telah menambah lagi tekanan ke atas Kerajaan Sosialis yang sememangnya tidak disukai, yang telah dilanda bantahan berbulan-bulan lamanya dan mogok kerja ekoran rang undang-undang pembaharuan buruh yang berkontroversi.

Para pekerja metro di ibu negara merancang tidak bekerja dari Khamis dan juruterbang Air France mengancam akan memanjangkan mogok dalam beberapa minggu akan datang, apabila perlawanan bola sepak Euro 2016 sedang berlangsung.

“Minggu ini akan menyaksikan mogok paling kuat dalam tempoh tiga bulan, ketua kesatuan berpengaruh, CGT, Philippe Martinez berkata petang semalam.

Sejak Mac, ratusan ribu orang telah keluar ke jalan raya dalam tunjuk perasaan yang kerap bertukar ganas, manakala pam minyak di stesen minyak kekeringan minyak minggu lalu disebabkan sekatan di kilang penapis minyak dan depot oleh aktivis kesatuan CGT.

Para pekerja di terminal minyak di pelabuhan utara Le Harve – yang membekalkan minyak tanah ke dua lapangan terbang utama Paris mengundi akan melanjutkan sekatan mereka sehingga hari ini.

Di sebalik gangguan kepada kehidupan seharian mereka, 46 peratus orang Perancis masih menyokong gesaan pihak kesatuan, satu tinjauan dalam Journal du Dimanche menunjukkan Ahad lalu. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA