Kekejaman Israel berterusan

Kekejaman Israel berterusan

BANDAR GAZA, Palestin, 6 Mei (AFP) – Pesawat udara Israel menyerang bangunan Hamas di selatan Semenanjung Gaza hari ini selepas tembakan mortar seberang sempadan, menurut tentera Israel, ketika keganasan berterusan pada hari ketiga.

“Dalam respons kepada serangan yang sedang berterusan ke atas pasukan Israel, pesawat udara Pasukan Tentera Udara Israel menyasarkan infrastruktur Hamas,” menurut kenyataan tentera.

Saksi-saksi Palestin berkata terdapat dua set serangan udara, satu yang mensasarkan Beit Lahia di utara Gaza dan kedua di Khuzaa, tenggara Khan yunis, di selatan wilayah itu.

Tidak ada laporan tentang sebarang kecederaan dan kematian.

Itu adalah serangan udara keempat ke atas Gaza sejak Rabu lalu, apabila pertempuran langsung antara pasukan Hamas dan Israel meletus buat pertama kali sejak peperangan memusnah pada tahun 2014.

Serangan yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza. - AFP
Serangan yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza. – AFP

Semalam, tembakan kereta kebal Israel membunuh seorang wanita Palestin di rumahnya di Gaza.

Sejak pertempuran meletus, Hamas dan kumpulan militan lain telah melepaskan kira-kira 10 peluru mortar di seberang sempadan dan pasukan tentera udara Israel telah melancarkan empat serangan ke atas Gaza.

Kereta kebal Israel yang ditempatkan di sempadan juga melepaskan tembakan berkali-kali ke arah apa yang menurut pihak tentera adalah sasaran Hamas.

Lewat tengah hari semalam, tembakan kereta kebal yang menyusul serangan mortar dari kawasan Khan Yunis telah membunuh Zeina Al-Amour, 54 tahun , menurut hospital Nasser yang mengesahkan kematiannya.

Wanita berusia 21 tahun itu juga tercedera dalam kejadian bedilan di kawasan itu.

Serangan Palestin ke atas sasaran pasukan Israel yang sedang melancarkan usaha mencari di sepanjang sempadan dan sehingga 100 meter di dalam Gaza, bagi terowong yang menyeberang masuk ke selatan Israel.

Semalam pihak tentera mengumumkan bahawa ia menemui terowong yang sebelumnya tidak dapat dikesan, selepas penemuan pertama didedahkan dengan liputan media meluas pada pertengahan April.

Pertempuran itu menimbulkan kebimbangan akan nasib gencatan senjata antara Israel dan Hamas, para pemimpin Islam di Gaza, yang telah berlaku sejak Israel peperangan 50 tahun yang telah mengorbankan lebih 2,251 orang warga Palestin dan 73 warga Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan menghimpunkan kabinet keselamatannya pada pagi Jumaat untuk membincangkan perkembangan terbaru, lapor radio awam.

ARTIKEL YANG SAMA