Kekejaman Israel cederakan 4 orang di Gaza

Kekejaman Israel cederakan 4 orang di Gaza

BANDAR GAZA, 5 Mei (AFP) – Serangan udara Israel menghempas empat sasaran di Gaza semalaman, mencederakan empat orang, tiga di antaranya kanak-kanak, menurut sumber perubatan dan keselamatan hari ini, tatkala keganasan melonjak di sempadan.

Ia merupakan serangan terbesar dalam beberapa bulan dan meningkatkan kebimbangan di antara Israel dan pemerintah Hamas Gaza yang telah diperintah sejak pusingan lepas permusuhan besar di kawasan itu berakhir pada musim panas 2014.

Tentera Israel berkata bahawa sasaran utama serangan itu disyaki disasarkan pada terowong penyusupan di bawah sempadan.

“Sepanjang malam, dalam tindak balas pada serangan berterusan terhadap tentera-tentera Israel, sebuah kapal udara tentera udara Israel menyasarkan empat infrastruktur pengganas Hamas di utara Jalur Gaza,” menurut keterangan tentera Israel.

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan jumlah korban, namun menurut sumber perubatan di Gaza berkata satu serangan di daerah Al-Zeitoun mencederakan empat ahli keluarga yang sama, tiga kanak-kanak dan seorang orang tua berusia 65 tahun.

Seorang warga Palestin memeriksa sebuah trak berikutan serangan tentera Israel terkena sebuah bengkel di Gaza. – AP
Seorang warga Palestin memeriksa sebuah trak berikutan serangan tentera Israel terkena sebuah bengkel di Gaza. – AP

Serangan itu terkena sebuah garaj, pemiliknya Hasan Hasaneen memberitahu AFP, mengatakan kenderaan-kenderaan yang terkena bedilan tidak digunakan oleh tentera keselamatan namun hanya untuk “kerja-kerja pembinaan semula.”

Gaza telah dimusnahkan oleh tiga konflik di antara pemimpin-pemimpin Israel dan Hamas dan kumpulan Palestin yang lain sejak 2008, dan pemulihan semula telah menjadi perlahan di tengah-tengah sekatan Israel dalam semua import yang mempunyai kegunaan ketenteraan.

Pihak tentera berkata serangan semalaman itu menyasarkan kemudahan-kemudahan yang dijalankan oleh Hamas.

Namun kementerian dalam Hamas berkata dua serangan menyasarkan sebuah pangkalan sayap tentera Islam saingan yang lebih kecil, Jihad Islam, yang menyebabkan kerosakan namun tiada korban jiwa dilaporkan.

Sejak dua hari kebelakangan, tentera-tentera Israel yang beroperasi di sepanjang pagar yang mengawal ketat wilayah itu telah sering kali menjadi sasaran dari dalam Gaza, menurut pihak tentera.

Pada Rabu, pihak tentera berkata serangan itu telah menghempas lima lokasi Hamas di selatan wilayah berkenan dalam tindak balas kepada serangan mortar di sepanjang sempadan.

ARTIKEL YANG SAMA