Kekerasan mencederakan mangsa

Kekerasan mencederakan mangsa

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160408_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Seorang lelaki penduduk tetap dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 32 tahun baru-baru ini.

Salman Arshad berdepan pertuduhan menumbuk bahagian kiri muka Mohammad Yusli bin Abdul Rahman pada 5 April 2016 kira-kira jam 9:15 pagi.

Dia melakukan kesalahan itu di Unit Kesihatan Mental RIPAS dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22 yang membawa kepada hukuman pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun dan juga denda.

Timbalan Pendakwa Raya Vuina Song memohon mahkamah untuk kes ditangguhkan selama lima hari sementara menunggu laporan kesihatan mental tertuduh dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sama ada dia layak untuk dibicarakan atau tidak.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan sebutan semula pada 12 April, dan membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

Jika tertuduh gagal untuk mendapatkan ikat jamin, Majistret Pengiran Shahyzul memerintahkannya untuk ditahan reman di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA