Kekuatan APMM...

Kekuatan APMM di Sabah ditingkatkan

SEMPORNA, 21 April – Kekuatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengawal keselamatan perairan negeri ini kian dipertingkatkan apabila Sabah menerima penempatan aset paling besar dengan kekuatan anggota yang ramai berbanding negeri lain.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata setakat ini Sabah menerima kira-kira 70 aset permukaan iaitu kapal dan bot yang ditempatkan di kawasan-kawasan sensitif bagi memastikan perairan negeri dikawal rapi.

“Kawalan perairan ini turut dilaksanakan bersama aset Angkatan Tentera Malaysia, polis dan agensi keselamatan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Pejabat Pangkalan Maritim Semporna oleh mantan Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai di sini, hari ini. – Bernama