Kekurangan tak jadi penghalang

Kekurangan tak jadi penghalang

Oleh NAJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Kekurangan daya penglihatan bukanlah penghalang bagi seseorang untuk mencapai apa yang mereka impikan, ibarat kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kemahuan kuat itulah yang dimiliki oleh Awang Muhammad Haziq bin Haji Aisha yang kurang daya penglihatan dari PTE Meragang, apabila berjaya menjadi Penerima Anugerah Khas BC-GCE A Level dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1435H/2014.

Ia merupakan anugerah kedua yang diperolehinya selepas Anugerah Inspirasi diberikan oleh sekolahnya pada tahun lalu. Semasa ditemu bual, Awang Muhammad Haziq menyatakan, dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang itu, beliau banyak menerima bantuan dan bimbingan dari Unit Pendidikan Khas selain menetapkan waktu belajarnya selepas Maghrib dengan bantuan ahli keluarganya yang membacakannya buku manakala dia menaip ke dalam komputernya.

Pelajar itu turut menitipkan kata nasihat kepada rakan-rakannya untuk lebih berusaha mencapai kejayaan kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha keras. Manakala bagi insan berkeperluan khas, beliau menasihatkan mereka agar tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan seperti pelajar lain.

Awang Muhamamd Haziq bersama salah seorang lagi penerima anugerah Khas BG-GCE Peringkat O, Awang Lee Eng Hoo @Melvin Lee dan keluarga.
Awang Muhamamd Haziq bersama salah seorang lagi penerima anugerah Khas BG-GCE Peringkat O, Awang Lee Eng Hoo @Melvin Lee dan keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA