Kelab bola sepak Venezuela dirompak

Kelab bola sepak Venezuela dirompak

CARACAS, 20 Sept – Sekumpulan perompak merampas sebuah bas milik kelab bola sepak divisyen pertama Venezuela dan menjadikan tebusan skuad itu untuk lebih daripada dua jam tatkala diacukan pistol, dibuka pakaian dan kasut, menurut kelab itu kelmarin.

Trujillanos mengalami kekalahan 2-1 di Monagas Ahad lalu dan selepas itu enam lelaki bersenjatakan senjata kaliber memaksa bas mereka untuk berhenti kira-kira waktu subuh di sebuah lebuh raya di timur laut negeri Azoategui.

“Bas itu kemudian dilencongkan 1.5 kilometer (kira-kira sebatu). Mereka merompak segala-galanya.” Termasuk seragam, kasut bola dan bola, ujar pasukan itu.

Ia menyiarkan gambar-gambar di akaun Twitter mereka ahli kelab tanpa pakaian, tanpa kasut berdiri di sisi jalan di tepi bas mereka.

Kelab itu, yang berpangkalan di negeri barat Trujillo, berkata para penyerang menahan bas itu kira-kira dua jam 30 minit, mengancam untuk meledakkan bom tangan jika ahli-ahli pasukan itu menentang mereka.

Pegawai-pegawai Venezuela bagaimanapun tidak segera memberikan ulasan mengenai laporan itu.

Negara Venezuela yang bergantung dengan sumber minyak kini ditenggelami dengan krisis ekonomi yang secara amnya disebabkan oleh runtuhnya dalam harga minyak mentah global sejak pertengahan 2014.

Kekurangan teruk dari segi makanan dan ubat-ubatan telah mendorong kes kecurian, tunjuk perasaan dan peningkatan dalam jenayah-jenayah ganas.

Dengan kadar pembunuhan 62 per 100,000 penduduk, Venezuela adalah negara ketiga paling membunuh, di belakang negara yang dibelenggu geng Honduras dan El Savador, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam Jenayah dan Dadah. – AFP