Kelab Burnley kembali ke EPL

Kelab Burnley kembali ke EPL

pg21_160504_dLONDON, 3 Mei (AFP) – Burnley kembali menyertai Liga Perdana Inggeris dalam percubaan pertamanya susulan kemenangan 1-0 kepada QPR di Turf Moor dalam saingan Kejuaraan Liga Bola Sepak, awal pagi tadi.

Pasukan Sean Dyche memperoleh tempat ke liga teratas dengan pendapatan dianggarkan 180 juta pound bakal diperoleh selepas musuh Brighton diikat Derby dalam perlawanan terdahulu.

Sam Vokes memastikan kemenangan apabila menghasilkan jaringan pada minit ke-61. Burnley kini dua mata di kedudukan teratas.

Disebabkan pasukan kedua, Middlesbrough bakal bertemu pasukan tempat ketiga, Brighton pada hari terakhir musim ini pada Sabtu, adalah mustahil bagi kelab Lancashire untuk ke liga tertinggi.

“Daya tahan, kepercayaan dan karektor yang ada membantu kami,” kata Dyche.

“Semua itu adalah bagus untuk tahap persembahan kami tetapi keputusan adalah yang penting. Anda tidak boleh menjadi bijak setiap minggu.”