Kelab Catalan pilihan Arda Turan

Kelab Catalan pilihan Arda Turan

BARCELONA, 7 Julai (AFP) – Barcelona mengumumkan sudah mengikat pemain antarabangsa Turki, Arda Turan daripada Atletico Madrid untuk tempoh lima tahun perjanjian, dengan nilai dianggarkan mencecah 41 juta euro.

Kelab itu dalam kenyataannya, berkata, Barca akan membuat pembayaran awal 34 juta euro bersama bonus yang dijangka mencapai 7 juta.

Pemain Turki berusia 28 tahun itu sebelum ini menjadi nadi utama pasukan jurulatih Atletico, Diego Simeone sejak beberapa musim lalu selepas berpindah ke Sepanyol daripada kelab Galatasaray pada tahun 2011.

Selain itu, kenyataan itu turut menyebut, pembelian berkenaan adalah atas permintaan jurulatih Barcelona, Luis Enrique dalam usaha kelab itu memperkukuhkan barisan perancang susulan pemergian bintang lama mereka, Xavi Hernandez.

Pemain Atletico Madrid Arda Turan menyertai Barcelona dengan kontrak lima tahun. – AFP
Pemain Atletico Madrid Arda Turan menyertai Barcelona dengan kontrak lima tahun. – AFP

Ketibaan pemain ini ke Nou Camp begitupun ketika kelab itu dalam keadaan tidak menentu, berikutan pemilihan presiden baru Barcelona yang dijadualkan pada 18 Julai ini.

Ini adalah pemain kedua yang diikat oleh Barcelona bagi menghadapi saingan musim baru selepas membeli pemain Sevilla, Aleix Vidal, bulan lalu.