Kelab EPL belanja sakan

Kelab EPL belanja sakan

pg20_150805_aLONDON, 4 Ogos (Agensi) – Perbelanjaan perpindahan pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim panas ini sudah pun mencecah sebanyak 500 juta pound.

Namun jumlah itu berkurangan sebanyak 335 juta pound berbanding musim panas lalu, tatkala tempoh proses jual beli bakal berakhir hanya kurang daripada empat minggu.

Perpindahan Raheem Sterling ke Manchester City daripada Liverpool adalah paling tinggi setakat ini iaitu membabitkan sebanyak 44 juta pound.

Dan pengendali Manchester United, Louis van Gaal ketika mengulas mengenainya melahirkan perasaan ‘terkejut’ dengan perkembangan itu, meskipun kelabnya sudah pun membelanjakan 83 pound.

“Rekod baharu dijangka dicipta berikutan kelab yang bertanding dijangka mendapat faedah daripada perjanjian baharu dengan televisyen,” kata pakar kewangan bola sepak, Rob Wilson.

Tarikh akhir perpindahan pemain adalah pada 1 September, jam 12 tengah malam. Bermula pada musim 2016/2017, hak perjanjian televisyen Liga Perdana meningkat daripada 3.018 bilion pound kepada 5.136 bilion pound sepanjang tiga musim.

Kelab terbawah liga, bakal menerima sebanyak 99 juta pound bagi satu musim, manakala juara memperoleh lebih daripada 150 juta pound daripada hadiah wang kejuaraan, sebelum bayaran tambahan dilakukan untuk muncul di kaca televisyen.

Penganalisis kewangan Deloitte, berkata setakat ini pihaknya menganggarkan perpindahan perbelanjaan sebanyak 500 juta pound sudah dicapai pada Jumaat lalu.

Wilson berkata, biarpun rekod baharu bakal dicipta pada musim panas ini, namun dia menjangka perbelanjaan bersih menurun berikutan mereka perlu mematuhi peraturan Financial Fair Play (FFP).