Kelab EPL boleh jadi gergasi Sepanyol

Kelab EPL boleh jadi gergasi Sepanyol

LONDON, 13 Sept – Kelab ternama Inggeris mampu menjadi “Barcelona dan Real Madrid masa depan”, kata bekas pemain England, yang kini pengulas bola sepak, Gary Lineker.

Lineker yang kini bertugas sebagai pengulas di BT Sport, percaya kuasa kewangan yang dimiliki oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi daya penarik kepada generasi pemain bintang dunia selepas ini untuk mengikuti haluan antara pengurus terbaik seperti Pep Guardiola ke England.

Kelab Sepanyol mendominasi kedua-dua peringkat tertinggi Eropah – Liga Juara-Juara dan Liga Europa, sejak beberapa musim dengan Chelsea menjadi pemenang tunggal dari Inggeris, yang menjuarainya sejak lapan tahun lalu.

Lineker yang juga bekas penyerang di Barcelona percaya ia akan berubah tidak lama lagi. “Ketika ini, bola sepak Sepanyol amat mendominasi, namun saya fikir kita baru bermula untuk menjadi lebih mengancam di Eropah.

Gary Lineker ketika mengulas mengenai perkara tersebut. – AFP
Gary Lineker ketika mengulas mengenai perkara tersebut. – AFP

“Kami tidak mempunyai bintang berkelas bintang, yang secara umum akan pergi ke Real Madrid atau Barcelona dan juga Bayern Munich.

“Namun kini, kami mempunyai jurulatih terbaik di dunia dan saya fikir pemain terbaik dunia juga akan datang kerana liga kami adalah liga yang benar-benar membuat duit.

“Ia mungkin bukan pada generasi ketika ini seperti Messi dan Ronaldo, ia agak lewat bagi mereka. Namun, saya amat yakin yang kita akan lihat bintang seterusnya akan datang ke liga ini dan kelab besar kami akan menjadi Barcelona dan Real Madrid pada masa depan,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA