Kelab EPL Catat Sejarah

Kelab EPL Catat Sejarah

LONDON, 2 Feb – Bimbang terlepas daripada memperoleh untung besar menerusi hak siaran televisyen Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebabkan perbelanjaan perpindahan musim ini melebihi 1 bilion pound, sekali gus kali pertama dalam sejarah.

Sebanyak 20 kelab elit England sudah mengumpul perbelanjaan melebihi 1 billion pound bagi mendapatkan pemain baharu pada dua jendela perpindahan musim ini, dedah perunding kewangan Deloitte sebelum tarikh akhir jendela perpindahan pertengahan musim, semalam.

“Pada Januari lalu menyaksikan 45 juta pound dibelanjakan kelab Liga Perdana pada hari terakhir jendela perpindahan dan dengan perbelanjaan bakal dijangka diteruskan dalam beberapa jam ini, perbelanjaan perpindahan Liga Perdana dijangka mudah melepasi angka 1 bilion pound bagi musim 2015-16.”

Kelab teratas liga memecah rekod perbelanjaan 870 juta pound bagi mendapatkan bakat baharu ketika berakhir jendela perpindahan 2015- peningkatan kepada empat peratus berbanding rekod sebelum ini.

Sky dan BT Sport’s membelanjakan 5.14 bilion pound bagi perbelanjaan hak televisyen domestik pada permulaan musim depan, dengan penjualan hak dijangka bakal mencecah sehingga 8 bilion pound pada tempoh 2016-2019.

Cahill dan Terry ketika meraih jaringan dalam satu perlawanan. Gary Cahill mengakui akan mengikut jejak kapten John Terry keluar dari Stamford Bridge jika dia masih tidak disenaraikan secara tetap dalam kesebelasan utama. – Reuters
Cahill dan Terry ketika meraih jaringan dalam satu perlawanan. Gary Cahill mengakui akan mengikut jejak kapten John Terry keluar dari Stamford Bridge jika dia masih tidak disenaraikan secara tetap dalam kesebelasan utama. – Reuters

Dalam perkembangan yang berkaitan, Pertahanan Chelsea, Gary Cahill mengakui akan mengikut jejak kapten John Terry keluar dari Stamford Bridge jika dia masih tidak disenaraikan secara tetap dalam kesebelasan utama.

Terry mendedahkan Ahad lalu dia terpaksa meninggalkan Chelsea pada penghujung musim ini selepas dimaklumkan pengurusan kelab dia tidak akan ditawar perjanjian baharu apabila kontraknya berakhir.

Menjelang pertemuan Chelsea dengan Watford dalam perlawanan Liga Perdana Khamis ini, jurucakap kelab yang terkenal dengan jolokan The Blues itu mendakwa Terry berkemungkinan akan diminta kekal tetapi bergantung kepada perancangan pengurus sementara, Guus Hiddink.

Tetapi Terry, 35, percaya khidmatnya selama 18 tahun bersama The Blues semakin menghampiri penghujungnya dan bimbang dengan perancangan jangka masa panjang Chelsea, dengan kemungkinan pertahanan Cahill turut menyertai pemain itu keluar.

Selepas hanya memulakan perlawanan dalam dua perlawanan liga sejak November lalu, Cahill kecewa apabila dia kini dibayangi Terry dan Kurt Zouma.

Pemain England itu yang menyertai Chelsea dari Bolton pada 2012 bimbang kegagalannya mendapat tempat dalam kesebelasan utama akan mengurangkan peluangnya untuk beraksi di Euro 2016 dan memaksa dia menimbang untuk menyertai kelab yang boleh memenuhi hasratnya itu.

“Saya sudah membiasakan diri di sini, saya mempunyai lebih banyak kejayaan di sini dan keluarga juga sudah biasa di sini,” jelas Cahill. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA