Kelab EPL didesak turun harga tiket

Kelab EPL didesak turun harga tiket

LONDON, 10 Feb – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berusaha mencari jalan terbaik bagi memastikan tiket perlawanan mampu dimiliki oleh penyokong pihak lawan.

Kebanyakan kelab didesak untuk menurunkan harga tiket khususnya kepada penyokong pasukan lawan yang berkunjung ke stadium terutamanya selepas perjanjian siaran langsung televisyen bernilai 8.3 billion pound pada musim depan.

Minggu lalu, Sportsmail melaporkan, sekurang-kurangnya tujuh kelab iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Tottenham dan West Ham menolak pelaksanaan subsidi sebanyak 30 pound untuk tiket penyokong pihak lawan yang dicadangkan sebelum ini.

Bagaimanapun, EPL sedang berusaha untuk bekerjasama dengan kelab bagi mencari jalan penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak.

Dalam usaha untuk melakukan perubahan itu, kata sepakat daripada 14 pasukan perlu dicapai dan sumber dalaman EPL percaya perkara ini mampu dilaksanakan.

Manchester United ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mematuhi keputusan yang dibuat bersama ketika mesyuarat terbabit.

Arsenal pula menyebut, pihaknya percaya keputusan terbaik bakap dicapai pada mesyuarat, pada bulan depan. Sementara itu, lima lagi kelab terbabit enggan mengulas lanjut berhubung keputusan mereka. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA