Kelab gergasi Sepanyol tumpuan Liga Juara-juara

Kelab gergasi Sepanyol tumpuan Liga Juara-juara

MONACO, 25 Ogos – Bola sepak Eropah tertumpu kepada Monaco hari ini apabila Real Madrid dan seluruh pasukan elit di benua itu akan menentukan nasib mereka dalam cabutan Liga Juara-juara peringkat kumpulan. Pasukan bimbingan Zinedine Zidane memenangi trofi musim lalu – rekod ke-11 dalam sejarah kelab itu – dimana Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol semasa penentuan penalti shoot-out menentang musuh mereka, Atletico dalam perlawanan akhir di Milan 1-1.

Ia membolehkan kelab Sepanyol itu untuk meneruskan penguasaan mereka baru-baru ini dalam Liga Juara-juara, dengan Madrid dan Barcelona yang telah bertukar-tukar trofi dalam tempoh tiga tahun yang lalu dan Atletico telah muncul dalam dua daripada tiga perlawanan akhir yang lalu.

Sasaran utama bagi Madrid pada masa ini adalah untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan trofi itu dalam era Liga Juara-juara – Kelab terakhir memenangi Piala Eropah itu berturut-turut adalah AC Milan pada tahun 1990.

Gambar fail bertarikh 21 Ogos 2016 menunjukkan aksi Garethh Bale (kiri) selepas menjaring-kan gol semasa perlawanan La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Real Sociedad di Stadium Anoeta di San Sebastian, Utara Sepanyol. – AP
Gambar fail bertarikh 21 Ogos 2016 menunjukkan aksi Garethh Bale (kiri) selepas menjaring-kan gol semasa perlawanan La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Real Sociedad di Stadium Anoeta di San Sebastian, Utara Sepanyol. – AP

“Ini adalah sebab saya datang ke Madrid – untuk bermain dalam Liga Juara-juara, bagi memenangi Liga Juara-juara,” kata bintang Madrid Gareth Bale dalam temu bual dengan UEFA.com.

“Dalam tempoh dua ke tiga tahun kebelakangan adalah satu pencapaian yang luar biasa. Sekarang kita mahu melihat kehadapan. Ia jelas satu motivasi besar bagi kami semua untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan Liga Juara-juara.”

Untuk ke peringkat akhir pada tahun ini akan menjadi lebih istimewa untuk Bale atas sebab-sebab lain – perlawanan akan diadakan di kampung halamannya, ibu kota Wales, Cardiff. Perlawanan akhir di Stadium Principality akan berlangsung pada 3 Jun tahun depan, dengan perlawanan pembukaan kumpulan dija-dualkan pada 13 dan 14 September. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA