Kelab Greek boikot Liga Super

Kelab Greek boikot Liga Super

ATHENS, 12 Ogos – Panathinaikos, AEK dan PAOK kelmarin berkata, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Liga Super yang bermula 20 Ogos ini melainkan jika Persekutuan Bolasepak Greeek menarik balik rancangan untuk mengawal pelantikan pengadil perlawanan.

Langkah itu diambil selepas Timbalan Menteri Sukan Stavros Kontonis mengkritik persekutuan awal minggu ini dalam suratnya kepada FIFA yang menggesa pentadbiran sementara baru di persekutuan itu atau liga akan digantung.

“Panathinaikos menyatakan berhasrat untuk tidak mengambil bahagian dalam satu lagi kejohanan yang mana terma dan syarat semasanya ditetapkan pengadil,” demikian pengumuman dari kelab Athens tersebut.

Panathinaikos berkata persekutuan tidak taat kepada perjanjian dengan badan bola sepak Eropah UEFA untuk mengubah cara pelantikan pengadil bagi perlawanan liga.

“Malangnya kuasa yang terkenal dan organisasi jenayah yang meranapkan bola sepak Greek dan setiap konsep keadilan mencuba lagi hanya beberapa hari sebelum bermulanya kejohanan untuk mewujudkan syarat-syarat yang akan membawa kita sekali lagi menjadi penonton kepada operasi yang sama,” kata Panathinaikos.

“Kejohanan bersama mereka yang melakukan kesalahan sama, pengadil buruk yang sama dan keadaan jenayah terancang yang sama tidak boleh bermula. Lupakan AEK! Kami tidak akan bersekongkol dengan organisasi penjenayah,” kata AEK yang lantang mengkritik Persekutuan.

PAOK mengulangi kenyataan kedua-dua pasukan dari Athens dengan mengatakan “kami tidak akan mengambil bahagian dengan syarat-syarat tersebut.”

“Tiada siapa terkejut dengan sikap tidak bertanggungjawab persekutuan, dan tiada siapa terkejut dengan bukti selanjutnya bahawa orang-orang tertentu dalam persekutuan sedang melihat bola sepak sebagai suaka yang mustahil apabila mereka menghadapi keadilan,” kata kelab Thessaloniki itu dalam satu kenyataan. – AFP