Kelab Inggeris, Dortmund satu mata

Kelab Inggeris, Dortmund satu mata

PARIS, 2 Okt (AFP) – Kelab Inggeris, Liverpool dan Tottenham Hotspur selain Celtic serta Borussia Dortmund terpaksa berpuas hati sekadar berkongsi mata bertemu lawan masing-masing pada pertembungan Liga Europa, awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri, Anfield, bos Liverpool, Brendan Rodgers gagal meringankan beban di bahunya apabila hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dalam Kumpulan B.

Rodgers ketika ini kuat dikritik peminat kelab itu dan pengkritik sukan selepas permulaan kurang memuaskan The Reds musim ini dengan keputusan seri menyaksikan mereka masih gagal memburu kemenangan pada kempen di peringkat Eropah.

Pertahanan Sion Leo Lacroix (kiri) bersaing dengan penyerang Liverpool Daniel Origi dalam aksi Liga Europa di Anfield semalam. – AFP
Pertahanan Sion Leo Lacroix (kiri) bersaing dengan penyerang Liverpool Daniel Origi dalam aksi Liga Europa di Anfield semalam. – AFP

Adam Lallana meletakkan Liverpool di depan seawal minit keempat namun Sion menyamakan kedudukan menerusi Ebenezer Assifuah pada minit ke-18.

“Saya fikir ia keputusan yang mengecewakan kerana jumlah peluang yang kami cipta,” kata Rodgers.

Sementara itu, gol pada sembilan minit terakhir permainan tuan rumah menggagalkan usaha Tottenham untuk menumbangkan Monaco dan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Di depan menerusi jaringan Erik Lamela pada babak pertama permainan, Monaco menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi Stephan El Shaarawy memberi satu mata berharga buat tuan rumah.”

Aksi midfield Monaco Adama Traore (kanan) dan midfield Hotspur Andros Townsend (kiri) dalam aksi Liga Europa di Stadium Louis II di Monaco. – AFP
Aksi midfield Monaco Adama Traore (kanan) dan midfield Hotspur Andros Townsend (kiri) dalam aksi Liga Europa di Stadium Louis II di Monaco. – AFP

Kelab Scotland, Celtic turut mencatat keputusan seri keduanya musim ini dalam Liga Europa apabila seri 2-2 menentang Fenerbahce di Glasgow.

Begitupun lebih mengecewakan buat Celtic yang mendahului dengan dua jaringan menerusi Leigh Griffiths dan Kris Commons sebelum Fenerbahce bangkit.

Kelab Jerman, Borussia Dortmund turut meneruskan kempen tanpa kalah musim ini apabila seri 1-1 bertemu kelab Greece, PAOK dalam Kumpulan C.

Pemain Dortmund Adnan Januzaj (kiri) bersaing untuk menguasai bola dengan pemain Paok Ergys Kace (kanan) di Stadio Toumba, Thessaloniki semalam. – AFP
Pemain Dortmund Adnan Januzaj (kiri) bersaing untuk menguasai bola dengan pemain Paok Ergys Kace (kanan) di Stadio Toumba, Thessaloniki semalam. – AFP

Penyerang baharu PAOK, Dimitar Berbatov beraksi selalu penyerang utama namun Robert Mak meledak gol pembukaan meletakkan tuan rumah di depan.

Gonzalo Castro begitupun menyelamatkan hari Dortmund apabila meledak gol penyamaan ketika permainan berbaki 18 minit.

Kelab Sepanyol, Villarreal pula merakam kemenangan pertama selepas menewaskan Viktoria Plzen 1-0 di El Madrigal dalam Kumpulan E manakala pendahulu Kumpulan A, Fiorentina meneruskan persembahan cemerlang dengan menewaskan Belenenses 4-0 di laman lawan.

ARTIKEL YANG SAMA