Kelab Inggeris melepasi tanda aras 4 bilion

Kelab Inggeris melepasi tanda aras 4 bilion

LONDON, 2 Jun – Pengukuhan kewangan bola sepak Inggeris dipamerkan hari ini ketika penganalisis perniagaan Deloitte mendedahkan bahawa 92 kelab profesional England menjana keuntungan 4 bilion paun (AS$5.8 bilion, 5.2 bilion euro) pada 2014-15.

Diperkuatkan dengan kekuatan Liga Perdana, yang menyaksikan peningkatan keuntungan tiga peratus kepada 3.3 bilon paun, kelab-kelab profesional England melepasi catatan 4 bilion paun buat kali pertama.

Kelab-kelab Liga Perdana menjana 1.5 bilion lebih dari pesaing terdekat mereka dalam Bundesliga Jerman dan dengan persetujuan hak televisyen yang baru 5.14 bilion paun yang akan dimulakan pada tahun ini, penguasaan mereka dijangka akan berterusan.

“Langkah pertumbuhan kewangan bola sepak dalam dua setengah dekad adalah mengejutkan,” kata Dan Jones dari Deloitte’s Sports Business Group.

“Pada separuh masa kedua persaingan Liga Perdana yang ditayangkan dalam televisyen pada tahun depan, lebih banyak keuntungan penyiaran akan dijana berbanding keseluruhan musim Divisyen Satu 25 tahun yang lalu.

“Buat kali pertama, Liga Perdana membawa dunia bola sepak dalam tiga kategori keuntungan utama komersial, hari perlawanan dan penyiaran dan ini menjana kepada keuntungan yang kukuh.

“Apabila peningkatan persetujuan penyiaran baru dilakukan pada musim 2106-71, operasi keuntungan akan meningkatkan setinggi 1 bilion paun.”

Deloitte’s 25th Annual Review of Footbaal Finance mendedahkan bahawa kelab-kelab Liga Perdana mencatatkan keuntungan pra cukai tahun kedua berturut-turut pada tahun kewangan 2014-15 (121 juta paun), yang kali terakhir berlaku pada 1999.

Sementara itu peningkatan keuntungan adalah sederhana tiga peratus, keuntungan operasi (546 juta paun) adalah kedua tertinggi.

Digabungkan dengan perbelanjaan kasar ke atas pemain-pemain baru mencapai rekod tertinggi 1.1 bilion dan kos gaji meningkat tujuh peratus untuk mencecah 2 bilion paun buat kali pertama.

Sewajarnya, perkadaran gaji/keuntungan liga meningkatkan dari 58 peratus kepada 61 peratus, tetapi Jones berkata: “Ini mempamerkan peringkat kedua terendah sejak 2004-05 dan 10 peratus mata lebih rendah berbanding tahun 2012-13. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA