Kelab Jerman geruni Bayern

Kelab Jerman geruni Bayern

BERLIN, 29 Julai (AFP) – Kebanyakan kelab Jerman berasa takut untuk bermain melawan juara Bundesliga Bayern Munich, dan ia perlu dihentikan, kata bintang Borussi Dortmund Mats Hummels.

Pasukan gergasi Bavaria Bayern itu melancarkan musim baru pada 14 Ogos di tempat sendiri kepada Hamburg dan sedang membida untuk menjadi pasukan pertama untuk memenangi empat kejuaraan liga berturut-turut, setelah memenangi Bundesliga musim terakhir dengan empat perlawanan tinggal.

Namun Hummels berkata kebanyakan pasukan Jerman menjadikan hidup Bavaria lebih senang dengan menunjukkan penghormatan yang terlalu banyak kepada mereka – di dalam dan luar padang.

“Di Jerman, terlalu banyak kelab berkelakuan dengan elemen takut bermain melawan Bayern, dari segi lisan dan di padang,” beritahu penyerang Jerman dan pemenang Piala Dunia itu kepada majalah Kicker.

“Mereka akan mencatat keputusan baik. Anda mempunyai perasaan bahawa banyak pasukan lain telahpun menghapuskan perlawanan mereka menentang Bayern sebelum perlawanan bermula.”

Hummel berkata terlalu banyak pasukan memilih pembatasan kerosakan ke atas pasukan Pep Guardiola Bayern.

Ia terbukti apabila jurulatih Paderborn Andre Breitenreiter berkata, “Terima kasih banyak-banyak atas pengalaman tersebut!” pada arah pasukan Munich selepas kekalahan 6-0 pasukannya musim lalu. Dortmund menduduki tempat ketujuh dalam liga selepas permulaan yang teruk kepada musim yang meninggalkan mereka di tempat paling bawah pada Februari, membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Jurgen Klopp pada akhir kempen.

Setelah memenangi kejuaraan Bundesliga 2011 dan 2012 dengan Dortmund di bawah bimbingan Klopp, Hummels akan bermain di bawah jurulatih Borussia baru Thomas Tuchel apabila musim mereka bermula di tempat sendiri menentang Borussia Moenchengladbach 15 Ogos depan.

ARTIKEL YANG SAMA