Kelab kerdil sedia hadapi Barca

Kelab kerdil sedia hadapi Barca

MADRID, 16 Sept – Pasukan kerdil di Madrid, Leganes yang baru dinaikkan ke saingan La Liga akan menghoskan gergasi Barcelona di stadium Estadio Butarque yang memuatkan 11,000 pemerhati hujung minggu ini.

Leganes telah membuat permulaan yang baik pada musim pertama mereka di liga itu, memenangi di Celta Vigo pada minggu permulaan dan berjaya mengikat finalis Liga Juara-Juara Atletico Madrid 0-0 di Butarque.

Bagaimanapun, Leganes berdepan tugas yang lebih sukan untuk menghentikan Messi, Suarez dan Neymar (MSN) yang baru sahaja menjaringkan enam daripada tujuh jaringan di Liga Juara-Juara menentang Celtic baru-baru ini.

Barca tidak berada dalam emosi berpuas hati selepas tewas 2-1 di tempat sendiri kepada sebuah lagi pasukan yang baru dinaikkan, Alaves, menghentikan permulaan sempurna mereka dalam musim La Liga hujung minggu lepas.

Pemain pertahanan Leganes, Pablo Insua berkata keputusan Alaves memberikan mereka harapan.

“Kami perlu melakukan semuanya dengan tepat dan mempunyai nasib yang baik,” Insua memberitahu Marca.

“Kami melihat Alaves melakukannya dan ia jelas boleh dilakukan, namun keadaan tidak sama.” Pengendali Barca Luis Enrique memulakan Messi dan Suarez di bangku pada kunjungan Alaves di Nou Camp selepas tugas mereka di kelayakan Piala Dunia peringkat Amerika Selatan.

Enrique sudah tentu tidak akan melakukan kesilapan yang sama dua kali, namun mungkin mengubah di bahagian pertahanan dan tengah menjelang perlawanan blockbuster La Liga menentang Atletico Rabu depan.

Messi menjaringkan hatrik sementara Neymar memberikan empat umpanan dan gol ketika menentang Celtic apabila MSN mengumpul jumlah jaringan mereka kepada 13.