Kelab mewah aksi hambar

Kelab mewah aksi hambar

LONDON, 17 Dis – Laba yang tidak terperi banyaknya akan mencurah masuk ke dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016, tetapi semua sumber-sumber mereka, kelab-kelab terkemuka pada masa ini seolah-olah tidak ada kudrat untuk membuktikan mereka layak merangkul kejuaraan.

Rekod perjanjian hak penyiaran televisyen sebanyak 5.14 bilion pound (AS$7.72 bilion) yang akan dimeterai tahun depan bakal mengukuhkan lagi status kelab elit Inggeris sebagai raksasa kewangan bola sepak Eropah.

Tetapi sang juara Chelsea terkapai-kapai, Arsenal dan Manchester City kekal acuh tak acuh manakala Liverpool pula baru bertapak di bawah Jurgen Klopp. Manchester United nampaknya tidak berkembang di bawah Louis van Gaal.

Leicester City yang membuat larian awal menjuruskan bekas ketua pasukan United, Gary Neville menggambarkan EPL sebagai ‘liga paling pelik sejak sekian lama’.

Gelombang kejutan pertama tahun kewangan tiba pada bulan Februari apabila Sky dan BT Sport bersetuju dengan pakej hak penyiaran TV domestik baru untuk 2016-2019 bernilai 70 peratus lebih lumayan daripada perjanjian sebelumnya.

Pelaburan Manchester United melalui Van Gaal tidak menampakkan peningkatan walaupun berbelanja besar. – Reuters
Pelaburan Manchester United melalui Van Gaal tidak menampakkan peningkatan walaupun berbelanja besar. – Reuters
Manchester City nampak bergaya tetapi tenggelam timbul memimpin Liga Perdana. – Reuters
Manchester City nampak bergaya tetapi tenggelam timbul memimpin Liga Perdana. – Reuters

pg20_151218_a

Tiada siapa ambil kisah bila Leicester menyambar Jamie Vardy (kanan) dan Riyad Mahrez (kiri), tetapi sentuhan mereka lebih mantap daripada bintang yang bernilai puluhan juta pound. – Reuters
Tiada siapa ambil kisah bila Leicester menyambar Jamie Vardy (kanan) dan Riyad Mahrez (kiri), tetapi sentuhan mereka lebih mantap daripada bintang yang bernilai puluhan juta pound. – Reuters
Chelsea, juara yang tumbang sebelum kempen berakhir. – Reuters
Chelsea, juara yang tumbang sebelum kempen berakhir. – Reuters

Bulan Jun pula membawa berita lagi besar dengan rekod pulangan 3.26 bilion untuk 2013-14 sekali gus membolehkan kelab EPL mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak 187 juta pound buat kali pertama sejak 1999.

Malah, sebelum perjanjian baru TV itu berkuat kuasa, kelab EPL telah menjalankan pengemasan penting – hutang bersih seluruh liga susut sebanyak enam peratus – dan berbelanja besar dalam pasaran perpindahan.

Jumlah perbelanjaan seluruh perpindahan di luar musim mencecah rekod 870 juta pound, menurut penganalisis kewangan Deloitte, dan perbelanjaan bagi tahun kalendar pula melebihi 1 bilion pound.

Man City menjadi peneraju perpindahan apabila membelanjakan 55 juta pound untuk Kevin De Bruyne, manakala United pula mencetuskan kejutan dengan menandatangani Anthony Martial yang tidak berapa dikenali dengan bayaran yang dilaporkan mencecah 58 juta pound.

Malangnya, perjanjian perpindahan kelab-kelab yang lebih kecil pula yang benar-benar membuktikan kekuatan kewangan England, dariXherdan Shaqiri meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Stoke City kepada Crystal Palace menandatangani Yohan Cabaye.

Wang terus menerus mengalir dengan United memulakan curahan masuk apabila menandatangani perjanjian kit 750 juta dengan Adidas; Chelsea menandatangani perjanjian penajaan baju 200 juta pound dengan Yokohama Tyres dan sebuah konsortium China pula membayar AS$400 juta untuk pegangan 13 peratus dalam saham City. Megastar semasa permainan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Neymar, Luis Suarez mungkin bermain di tempat lain, tetapi beberapa kelab EPL kini menaruh cita-cita untuk memancing mereka supaya beraksi di England.

Dan dengan hak penyiaran TV juga dirunding semula pada 2016, gergasi Inggeris masih tidak ada tanda-tanda menunjukkan mereka sudah kenyang.

“Kontrak baru kelab-kelab Inggeris akan menguasai pasaran,” kata ketua eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge meramalkan pada bulan September lalu.

“Kami baru sahaja melihat sebahagian kecil daripada jumlah itu. Tsunami perpindahan akan meningkat dari segi kekuatan dan ketinggian.”

Tetapi, ketika kelab-kelab utama Eropah bersedia untuk menghadapi serbuan baru dari kelab-kelab England, musim setakat ini membuktikan bahawa wang tidak mampu menyelesaikan segala-galanya.

Chelsea, juara Mei lalu dengan margin lapan mata, telah disedut ke dalam zon penyingkiran selepas bencana tewas sembilan daripada 16 permainan sehingga mewujudkan kekuatan spekulasi yang akan merosakkan masa depan Jose Mourinho.

Arsenal pula terus diragui walaupun berjaya menjulang Piala FA dua kali berturut-turut, manakala City pula sudah tewas empat kali dalam liga termasuk dibelasah 4-1 oleh Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Van Gaal, sementara itu, sedang berjuang untuk meyakinkan semua orang bahawa dia adalah lelaki paling tepat untuk memulihkan United kepada ketinggian era Alex Ferguson tetapi beberapa pemain dilaporkan mempersoalkan juara Inggeris 20 kali itu hanya bermain bola sepak robotik.

United tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan dan, walaupun City, Chelsea dan Arsenal mara ke pusingan 16 terakhir, hanya sedikit percaya kelab EPL akan berjaya mengakhiri penantian empat tahun untuk membawa mahkota Eropah ke England.

Tottenham, Palace, West Ham United, Everton, Stoke dan Watford yang baru dipromosi ke EPL telah memulakan musim dengan baik, tetapi Leicester pula yang mencipta sensasi.

Pasukan Claudio Ranieri yang mantap dan bekerja keras memberikan gambaran bertentangan dengan tradisi Liga Perdana kerana penyerang mereka Jamie Vardy dan Riyad Mahrez hanya disambar dengan kos keseluruhan 1.4 juta pound tetapi memberikan impak lebih daripada mereka yang dibeli dengan harga puluhan juta pound. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA