Kelab Motosikal KEKAL berkonvoi

Kelab Motosikal KEKAL berkonvoi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 17 Julai – Bersempena bulan Syawal 1437 Hijrah, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan aktiviti berkonvoi dengan berkunjung ke beberapa buah rumah ahli Kelab Motosikal KEKAL yang terpilih di Daerah Tutong, baru-baru ini.

Seramai 20 orang ahli mengikuti konvoi tersebut dan antara rumah yang menjadi kunjungan mereka ialah Pengerusi Tetap Motosikal KEKAL, Awang Mohd Faiyadh Syairazie.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan perpaduan dan persaudaraan sesama ahli.

Ahli-ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong yang hadir bergambar ramai bersama Awang Mohd Faiyadh Syairazie.
Ahli-ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong yang hadir bergambar ramai bersama Awang Mohd Faiyadh Syairazie.
Turut hadir Awang Samsudin @ Ismail.
Turut hadir Awang Samsudin @ Ismail.
Semasa acara konvoi Kelab Motosikal KEKAL bersempena ‘15 Julai’ yang dijalankan baru-baru ini.
Semasa acara konvoi Kelab Motosikal KEKAL bersempena ‘15 Julai’ yang dijalankan baru-baru ini.

Pada hari yang sama, aktiviti juga diselajurkan dengan Konvoi ‘15 Julai’ yang diadakan pada setiap tahun oleh Kelab Motosikal KEKAL bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Konvoi ini melibatkan ahli-ahli kelab berkumpul dan sama-sama menuju ke Daerah Belait yang diketuai sendiri oleh Yang Di-Pertua Kelab Motosikal KEKAL, Awang Samsudin @ Ismail bin Haji Lani.

ARTIKEL YANG SAMA