Kelab motosikal teruskan perjalanan ke Jerman

Kelab motosikal teruskan perjalanan ke Jerman

VIENNA, 3 Mei (dpa) – Kira-kira 500 orang bertemu dengan sekumpulan penunggang motosikal dalam jelajah kontroversi mereka dari Moscow ke Berlin, apabila mereka tiba di Vienna semalam.

Kelab penunggang motosikal Night Wolves yang diketuai oleh sebuah firma yang menyokong Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengadakan jelajah bagi menandakan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Sekitar 500 orang menunggu ketibaan mereka termasuk para diplomat, ekspatriat Rusia di negara itu, para pesimpati Rusia, aktiviti keamanan, penunggang motosikal dan para pelancong.

Dua penunggang basikal menyertai duta Rusia di majlis meletakkan lingkaran bunga di Memorial Perang Soviet, sebuah monumen bagi askar-askar Red Army yang mati dalam pertempuran untuk Vienna semasa Perang Dunia Kedua.

Para penunggang motosikal semasa berada di konsulat Rusia, mengadakan jelajah mereka dari Moscow ke Berlin. – AFP
Para penunggang motosikal semasa berada di konsulat Rusia, mengadakan jelajah mereka dari Moscow ke Berlin. – AFP

Kumpulan itu merancang untuk bermalam di Vienna dan kemudian berkunjung ke Jerman hari ini. Mereka berhasrat akan tiba di Berlin pada 9 Mei, hari apabila warga Rusia meraikan penaklukan bandar Jerman oleh Red Army pada 1945.

Percubaan para penunggang motosikal untuk menyeberangi masuk ke Poland pada Isnin telah menyebabkan keriuhan diplomatik apabila Poland enggan untuk membenarkan mereka masuk. Menurut perkhidmatan pengawal sempadan Poland, para penunggang motosikal Rusia tidak memenuhi kriteria formal untuk memasuki negara itu.

Kementerian Luar Negeri Rusia mengkritik keputusan itu, mengatakan bahawa anggota kelab itu memiliki visa yang sah namun masih ditahan dan diperiksa selama beberapa jam.

ARTIKEL YANG SAMA