Kelab Penyokong Arsenal Brunei anjur Perkumpulan Kelab 2015

Kelab Penyokong Arsenal Brunei anjur Perkumpulan Kelab 2015

Oleh A.Shazy

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Kelab Penyokong Arsenal Brunei semalam menganjurkan perkumpulan kelab di Mynest Café, Kampong Delima Satu. Acara ini telah diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan kelab berkenaan.

Kira-kira 50 penyokong yang hadir dalam acara ini.

Turut hadir ialah Presiden Kelab, Haji Mohd Yusof Thani.

Di dalam acara ini, para penyokong telah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak secara langsung bagi Piala Cabaran Persatuan Bola Sepak, yang juga dikenali sebagai Piala FA di antara Arsenal dan Aston Villa.

Antara ahli Kelab Penyokong Arsenal Brunei bergambar ramai di perhimpunan itu.
Antara ahli Kelab Penyokong Arsenal Brunei bergambar ramai di perhimpunan itu.

Wajah kegembiraan dapat dilihat pada setiap penyokong Arsenal selepas selesa menewaskan Aston Villa dengan jaringan 4-0.

Di dalam masa yang sama, Arsenal berjaya memecah rekod sebagai kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya setelah memenangi juara Piala FA untuk kali ke-12.

Pada acara itu juga, cabutan bertuah telah mengambil tempat bagi menambah kemeriahan suasana acara itu.

ARTIKEL YANG SAMA