Kelab PERMAI Green lawat kilang Sehat

Kelab PERMAI Green lawat kilang Sehat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Sempena musim cuti persekolahan ini, serombongan Kelab PERMAI Green (Persatuan Masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam), diketuai Agus Dida Setiawan telah mengadakan lawatan ke kilang air mineral Sehat, IBIC Sdn Bhd di Lumut untuk melihat secara lebih dekat proses pengeluaran dan pembotolan air minuman harian itu.

Semasa kunjungan mereka telah diberi taklimat dan penerangan oleh wakil syarikat berkenaan, Hermanti dan Atang.

Lawatan diakhiri dengan penyerahan cendermata oleh Agus Dida Setiawan kepada Pengurus Besar IBIC, Alexander Simnolong. Setelah mengunjungi kilang IBIC Sdn Bhd, rombongan meneruskan perjalan ke Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di mana mereka didedahkan mengenai teknologi minyak dan gas.

Setiap tahun, PERMAI menganjurkan program lawatan ke tempat-tempat penting dan bersejarah di Brunei Darussalam.

Selain membawa anak-anak bermain di luar (oudoor activity), program itu juga mendekatkan anak-anak kepada alam sekitar dan menambah wawasan tentang Brunei Darussalam di mana mereka berada.

Gambar ramai ahli Kelab PERMAI Green ketika mengunjungi Kilang IBIC Sdn. Bhd.
Gambar ramai ahli Kelab PERMAI Green ketika mengunjungi Kilang IBIC Sdn. Bhd.
Kaum ibu dari kelab itu mencuba kerja-kerja pemunggahan di kilang tersebut.
Kaum ibu dari kelab itu mencuba kerja-kerja pemunggahan di kilang tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA