Kelab PL mula sambar pemain

Kelab PL mula sambar pemain

LONDON, 13 Julai – Hari pertama perpindahan pemain kelab-kelab Liga Perdana (PL) adalah hari paling sibuk dengan perbelanjaan terbesar pernah disaksikan dalam bola sepak Inggeris bermula dengan Manchester City dan Crystal Palace menandatangani penyerang Jumaat lalu.

Pemain antarabangsa Sepanyol Nolito menjadi pemain kedua City di bawah jurulatih baru, Pep Guiardiola selepas pemain tengah Jerman Ilkay Gundogan apabila menyertai City dari Celta Vigo dengan perjanjian empat tahun. Tidak ada butiran kewangan didedahkan, tetapi media Britain melaporkan bayarannya sekitar 13.8 juta pound.

Palace kemudian mengumumkan rekod perjanjian tertinggi untuk Andros Townsend bagi 13 juta pound dengan perjanjian lima tahun, dengan pemain sayap England menamatkan penyertaan singkatnya di Newcastle ekoran penurunan kedudukan kelab itu dari PL.

Perpindahan musim panas Eropah bermula Jumaat lalu dan kelab-kelab Liga Perdana dijangka mendominasi lebih daripada biasa. Liga terkaya di dunia ini memulakan perjanjian hak domestik barunya dan televisyen antarabangsa bagi tahun 2016 hingga 2019 bernilai kira-kira 8.3 bilion pound untuk peningkatan kira-kira 70 peratus berbanding perjanjian lalu.

Nolito antara pemain pertama Sepanyol menjejakkan kaki ke England untuk menyertai kelab Manchester City musim ini. – AFP
Nolito antara pemain pertama Sepanyol menjejakkan kaki ke England untuk menyertai kelab Manchester City musim ini. – AFP

Nolito, 29, yang telah bermain di bawah Guardiola dari Barcelona dari tahun 2008-11, boleh bermain sebagai penyerang atau di bahagian sayap dan akan menguatkan serangan City. Dia memulai kesemua empat perlawanan Sepanyol dalam Kejohanan Eropah.

“Pep Guardiola adalah salah seorang pengurus terbaik di dunia,” kata Nolito. “Dia mengetahui banyak tentang permainan dan akan membantu saya maju sebagai seorang pemain dan saya pasti dia akan menyerlahkan kehebatan saya.”

City kemudian mengumumkan pertahanan Argentina, Martin Demichelis telah meninggalkan kelab itu selepas tiga tahun. Townsend memberi jaminan dia tidak akan memulakan musim ini dalam divisyen kedua England dengan meraih perpindahan balik ke London dengan Palace.

Pemain sayap kiri itu meninggalkan Tottenham untuk menyertai Newcastle Januari lalu tetapi tidak dapat menahan penurunan pasukan itu, meskipun mencipta empat gol dalam 13 permainan dan menjadi salah seorang pemain tangkas dalam separuh kedua musim lalu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA