Kelab Rotari lantik presiden

Kelab Rotari lantik presiden

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Ogos – Malam Pelantikan Rasmi Kelab Rotari Belait, yang turut dihadiri oleh ahli-ahli kelab dari seluruh negara, Sarawak, Labuan, Semenanjung Malaysia, Singapura serta Macau, China, menyaksikan presidennya dilantik semula bagi sesi 2015/2016.

Helen Tang merupakan yang pertama dilantik berulang kali menjadi Presiden Kelab Rotari Belait setelah menjawat jawatan itu bagi sesi 2014/2015.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Gabenor Daerah Philip Chong dan isteri, FL Len Nyuk.

Tetamu kehormat dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau tertarik dengan kerjasama dan kerja keras Tang dan ahli-ahli jawatankuasa kelab lainnya sehingga mampu melaksana berbagai-bagai aktiviti termasuk program-program amal dan berkebajikan di seluruh negara ini dan juga di negara jiran.

Beliau juga menyeru supaya usaha yang disumbangkan itu akan dapat diteruskan, dan mengingatkan bahawa tanggungjawab yang diamanahkan bukannya perkara kecil kerana ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan serta komitmen serta dedikasi yang hebat.

Loo Soon Nin menyerahkan cenderahati kepada tetamu kehormat.
Loo Soon Nin menyerahkan cenderahati kepada tetamu kehormat.
Philip Chong (3 kiri) dan Helen Tang bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa Kelab Rotari.
Philip Chong (3 kiri) dan Helen Tang bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa Kelab Rotari.

Sementara itu, Tang pula menyatakan, biarpun ahli jawatankuasa di cawangan Belait kecil, tetapi kumpulan mereka telah bergerak aktif dalam melaksanakan peranan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu masyarakat yang memerlukan khususnya di daerah ini.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana menjadi sejarah kelab itu, buat kali kedua menerima kehadiran pemimpin atasan daripada 40 daerah dalam kelab itu, iaitu presiden kelab dan ahli-ahli dari Singapura, Malaysia dan Macau China, datang ke Negara Brunei Darussalam untuk meraikan bersama pada majlis itu.

Dalam lantikan tersebut, di samping Helen Tang selaku presiden, Loo Soon Nin menyandang jawatan timbalan presiden, Patrick Lai sebagai Presiden Elect 2016-2017, yang juga selaku setiausaha, Grace Chin (Bendahari), dan beberapa ahli jawatankuasa lainnya termasuk Camille Chai, Tosan Esisi, Andrew Tan dan Toh Fui Ming.

ARTIKEL YANG SAMA