Kelab Rotary anjur kempen derma darah 25 Julai ini

Kelab Rotary anjur kempen derma darah 25 Julai ini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Dengan hasrat untuk memberikan peluang kepada orang ramai menabur bakti serta membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan, sekali lagi, Kelab Rotary Bandar Seri Begawan dan Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan Kempen Menderma Darah pada 25 Julai nanti.

Menurut Penyelaras Kempen Menderma Darah itu, PP Ricky Ng, kempen itu dihasratkan untuk memberikan peluang kepada para penderma darah dan orang ramai untuk menghulurkan khidmat bakti kepada masyarakat dengan menghulurkan sumbangan yang penuh bermakna iaitu darah bagi golongan yang memerlukan.

Beliau berkata bahawa kempen yang diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Bilik Pameran Lexus, Gadong itu bermatlamat untuk menyediakan ruang yang selesa bagi para penderma darah.

Beliau juga menyatakan harapan supaya orang ramai dapat membantu menyebarkan maklumat mengenai kempen itu melalui media sosial supaya orang ramai mengetahui mengenai lokasi dan juga masa kempen itu diadakan.

Menurutnya, dengan sumbangan penuh bermakna itu, para penderma darah dapat membantu untuk menghulurkan sumbangan yang amat bererti kepada mereka yang memerlukan darah berkenaan.

Sehubungan itu, pihak penganjur mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen berkenaan untuk sama-sama hadir menderma darah bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Kempen yang akan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Bilik Pameran Lexus, Gadong itu bermatlamat untuk menyediakan ruang yang selesa bagi para penderma darah.
Kempen yang akan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Bilik Pameran Lexus, Gadong itu bermatlamat untuk menyediakan ruang yang selesa bagi para penderma darah.

ARTIKEL YANG SAMA