Kelab Rotary buat kerja amal di Rumah Orang-orang Tua

Kelab Rotary buat kerja amal di Rumah Orang-orang Tua

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 18 Okt – Serombongan sukarelawan Kelab Rotary Kuala Belait dan pegawai tentera Brunei Garison, Seria telah mengambil inisiatif melakukan kerja-kerja membersihkan serta membaik pulih kawasan Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria hari ini.

Kerja-kerja tersebut termasuklah mengecat dinding bahagian dapur rumah berkenaan, menggantikan atap yang bocor, menggantikan lampu-lampu yang rosak di salah sebuah bilik kediaman warga emas di sana serta membaiki kotak menyimpan barangan yang terdapat di situ.

Mereka turut menghulurkan sumbangan berupa sebuah pam air untuk kemudahan tambahan di rumah berkenaan, selain memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata dilakukan oleh salah seorang ahli kelab yang pakar dalam bidang tersebut.

Kerja khidmat kemasyarakatan itu bertujuan untuk terus memberikan perhatian kepada kalangan warga emas yang menghuni rumah tersebut yang majoritinya tiada mempunyai ahli keluarga terdekat di sini.

Gambar ramai rombongan sukarelawan Kelab Rotary Kuala Belait dan beberapa pegawai Tentera Garri-son Seria yang membuat kerja kebajikan di Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.
Gambar ramai rombongan sukarelawan Kelab Rotary Kuala Belait dan beberapa pegawai Tentera Garri-son Seria yang membuat kerja kebajikan di Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.
Turut dilakukan pemeriksaan mata ke atas warga emas yang tinggal di Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.
Turut dilakukan pemeriksaan mata ke atas warga emas yang tinggal di Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.

ARTIKEL YANG SAMA