Kelab Rotary terima 127 penderma darah

Kelab Rotary terima 127 penderma darah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seramai 127 daripada 150 orang yang hadir telah menyumbangkan darah dalam Kempen Derma Darah anjuran Kelab Rotary Bandar Seri Begawan dan Tabung Darah Bergerak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di Bilik Pameran Lexus, Gadong, semalam.

Kempen tersebut mencatat hampir 2,000 penderma selama bertahun-tahun dijalankan. Salah seorang penderma berkenaan ialah Awang Sulaiman Mohammad yang telah menyumbangkan darah sebanyak 55 kali.

Beliau menyatakan harapan supaya akan lebih ramai individu, terutama belia untuk tampil dalam sama-sama menyumbangkan derma bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Kelab Rotary BSB berjaya mengutip 127 pain darah dalam kempen derma darah yang diadakan di Bilik Pameran Lexus, Gadong kelmarin.
Kelab Rotary BSB berjaya mengutip 127 pain darah dalam kempen derma darah yang diadakan di Bilik Pameran Lexus, Gadong kelmarin.

Menurut penyelaras kempen berkenaan, PP Ricky Ng, projek kerjasama Rotary-RIPAS-NBT yang membawa slogan ‘Derma Darah Selamatkan Nyawa’ itu telah dijalankan sejak tahun 2008 yang mana kerjasama itu berjaya mengutip 2008 pain darah dalam tempoh sembilan tahun.

Presiden baru Rotary, Henry Ting pula berkata, “Saya gembira melihat semakin ramai orang datang untuk menyumbangkan derma bagi membantu pesakit dan berterima kasih di atas sumbangan dan sokongan tersebut”.

ARTIKEL YANG SAMA