Kelab Sepanyol teruskan persaingan

Kelab Sepanyol teruskan persaingan

MADRID, 30 Sept – Selepas satu lagi minggu yang menonjol bagi kelab-kelab Sepanyol dalam Liga Juara-Juara, Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid, menyambung semula persaingan tiga hala mereka bagi penguasaan La Liga pada Ahad ini.

Kelab Real adalah satu-satunya pasukan Sepanyol yang tidak menang pada pertengahan minggu, namun meraih seri 2-2 yang patut dipuji di Borussia Dortmund untuk terus pada laluan bagi 16 buah kelab terakhir.

Bagaimanapun, jaguh-jaguh Eropah ini kini gagal memenangi mana-mana tiga perlawanan terakhir mereka apabila seri dengan Villarreal dan Las Palmas telah menyaksikan pendahuluan mereka di tangga teratas dengan hanya kurang satu mata di atasi Barca.

Para pemain Zinedine Zidane memberikan penyamaan akhir buat kali kedua dalam tempoh hari ini di Dortmund, tetapi pemain pertahanan Danillo menegaskan Elbar akan menerima bahagian paling hebat daripada kekecewaan Real apabila mereka berkunjung ke Santiago Bernabeu hujung minggu ini.

“Kami seri lagi, tetapi kami bermain dengan baik dan kami tenang,” menurut pemain antarabangsa Brazil. “Kami tidak berpuas hati dengan keputusan seri tetapi Elbar akan menanggungnya pada hujung minggu ini.

Real masih tanpa dua pemain Brazil yang tercedera, Casemiro dan Marcelo, tetapi akan Zidane mungkin menukarnya dengan bergilir-gilir dengan Alvaro Morata, Marco Asensio dan Pepe yang sedang dipertimbangkan.

Elbar tidak pernah meraih mata dari Madrid dalam sejarah mereka, tetapi pergi ke Bernabeu dengan penuh keyakinan selepas permulaan yang baik musim ini yang telah membawa Basque ke tangga kelapan, hanya empat mata di belakang Real. Barcelona terus tidak mengendahkan ketiadaan Lionel Messi ketika mereka bangkit dari belakang untuk menumpaskan Borussia Moenchengladbach Rabu lalu dan berdepan tiga perlawanan di tempat lawan dalam tempoh seminggu apabila mereka berkunjung ke Celta Vigo.

Arda Turan diturunkan untuk mengubah permainan yang memihak Barca dengan keputusan seri di Jerman dan dijangka bermula di tempat Messi di sisi kanan barisan hadapan bersama-sama Neymar dan Luis Suarez di Vigo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA